25 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak susulan dengan peningkatan risiko geopolitik.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berjaya melanjutkan lantunannya semalam berikutan dengan berita terbaru menunjukkan bahawa AS berhasrat untuk melaksanakan pusingan tarif baru terhadap Eropah dan UK. Menurut kenyataan terbaru daripada Perwakilan Perdagangan AS, Pentadbiran Trump berkemungkinan besar akan mengenakan tarif baru terhadap $ 3.1 Billion barang yang diimport dari Perancis, Jerman, Sepanyol dan UK. Secara terperinci, barang import dari EU seperti gin, bir, kentang, trak telah disasarkan dalam rancangan tarif baru, sementara duti ke atas produk seperti pesawat udara, keju dan yogurt akan dinaikkan. Keputusan ini diambil setelah beberapa bulan tinjauan AS terhadap EU mengenai subsidi haram Eropah kepada Airbus, di mana ia telah mewujudkan persekitaran persaingan yang tidak adil dalam pandangan AS. Pada masa ini, ia masih kekurangan perincian mengenai pelan tarif tersebut, namun pelabur menjangkan tarif baru akan dilaksanakan pada bulan September, di mana WHO akan menentukan sama ada EU dapat mengenakan tarif secara sah terhadap barang-barang yang diimport dari negara US. Situasi peningkatan ketegangan antara AS dan EU meningkatkan daya tarikan dolar sebagai mata wang yang selamat. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.58% ke 97.20.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.34% ke $37.90 setong kerana data inventori terkini menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam tahap inventori minyak mentah AS. Menurut EIA, data Stok Simpanan Minyak Mentah AS dibebaskan pada 1.442M, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 0.299M, kebimbangan pasaran meningkat kerana pemulihan permintaan nampaknya lebih lambat daripada jangkaan. Selain itu, harga emas naik 0.16% kei $1763.70 setelah AS memutuskan untuk melaksanakan rancangan tarif baru terhadap EU.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY Dragon Boat Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM)(May) | -7.7% | 2.5% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ)(Q1) | -5.0% | -5.0% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 1,508K | 1,300K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 96.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.55.
Tahap rintangan: 97.55, 98.75
Tahap sokongan: 96.90, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2435. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2345.
Tahap rintangan: 1.2435, 1.2525
Tahap sokongan: 1.2345, 1.2230

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematina mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1165

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 106.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.45.
Tahap rintangan: 107.45, 107.90
Tahap sokongan: 106.80, 106.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6810.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6480. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6380.
Tahap rintangan: 0.6480, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6380, 0.6265

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momntum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3675.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9475. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9475.
Tahap rintangan: 0.9475, 0.9540
Tahap sokongan: 0.9430, 0.9380

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 39.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 37.45.
Tahap rintangan: 39.25, 41.35
Tahap sokongan: 37.45, 34.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1764.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya menutup lilinya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1778.35, 1794.30
Tahap sokongan: 1764.00, 1741.75