30 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Data China yang optimis membantu Aussie untuk bertahan.
Dolar Aussie yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal bertahan pada lewat sesi Asia selepas pengeluaran data yang positif dari China. Menurut kepada Persekutuan Logistik dan Pembelian China, data NBS Manufacturing PMI telah meningkat kepada 50.9, melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 50.4. Selain itu, data Non-Manufacturing PMI China juga mengatasi bacaan sebelumnya sebanyak 53.6, di mana data tersebut memberi bacaan sebanyak 54.4. Data-data tersebut berjaya membantu Aussie untuk kekal terapung dalam jangka pendek namun pengaruh risiko berkemungkinan akan membatasi sentimen positif terhadap momentum kenaikan susulan dengan keadaan koronavirus yang semakin teruk. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus telah menyatakan sebelumnya bahawa wabak ini adalah semakin cepat. Dr. Tedros juga menyebutkan bahawa “yang terburuk masih belum datang”. Pada masa penulisan, AUD / USD menokok sebanyak 0.06% kepada 0.6873.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah berundur sebanyak 0.24% kepada $ 39.39 setong berikutan dengan peningkatan dalam kebimbangan COVID-19 masih menimbang di pasaran. Oleh kerana kematian koronavirus global telah melampaui setengah juta, beberapa negara seperti UK telah menyatakan untuk mengenakan kembali sekatan sementara wilayah lain masih bergelut dengan gelombang pertama. Sebaliknya, harga emas tetap stabil dan meningkat sebanyak 0.03% kepada 1771.74 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan penghindaran risiko yang meluas kekal mendorong para pelabur untuk meningkatkan pertaruhan mereka di pasaran selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (QoQ) (Q) | -2.0% | -2.0% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Jun) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Apr) | -7.2% | -12.0% | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jun) | 86.6 | 91.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 97.55. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 97.55, 98.80
Tahap sokongan: 95.90, 94.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2340 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 1.2340.
Tahap rintangan: 1.2340, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2165, 1.1995

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1390, 1.1505
Tahap sokongan: 1.1225, 1.1090

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 108.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.00.
Tahap rintangan: 108.00, 108.60
Tahap sokongan: 107.40, 106.60

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6820. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7020.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6680

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan arah yang jelas dan momentum dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3685. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1385.
Tahap rintangan: 1.3645, 1.3820
Tahap sokongan: 1.3485, 1.3330

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9460 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9545.
Tahap rintangan: 0.9545, 0.9650
Tahap sokongan: 0.9460, 0.9365

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 40.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 40.45, 43.85
Tahap sokongan: 35.05, 31.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1764.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1795.80, 1825.25
Tahap sokongan: 1764.25, 1736.80