02 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Mata wang Aussie bersorak susulan mood risiko yang dihidupkan.
Dolar Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat susulan dengan peningkatan sentimen berisiko disebabkan oleh berita-berita yang positif baru-baru ini. Walaupun dengan peningkatan dalam kebimbangan terhadap keadaan koronavirus yang semakin teruk di seluruh dunia, sentimen pasaran tetap positif disebabkan oleh keluaran PMI yang positif dari China dan harapan vaksin. Menurut kepada laporan, syarikat farmaseutikal seperti Pfizer dan firma bioteknologi BioNTech telah berkongsi hasil percubaan yang positif mengenai vaksin. Berita tersebut terus menyokong sentimen optimisme para pelabur. Lebih-lebih lagi, minit mesyuarat Fed yang terkini tidak memberikan perincian yang membimbangkan dan juga menyokok kepada sentimen risiko secara senyap. Namun, oleh kerana hubungan antara AS dan China kekal tegang di mana Donald Trump mengancam sekatan terhadap China disebabkan oleh undang-undang keselamatan Hong Kong, para pelabur tetap berhati-hati sementara menunggu untuk perkembangan selanjutnya. Pada masa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.10% kepada 0.6919.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.15% kepada $39.57 setong pada masa penulisan berikutan dengan penurunan stok minyak mentah. Menurut kepada data dari EIA, inventori minyak mentah AS telah menurun sebanyak 7.2 juta pada minggu yang berakhir pada 26 Jun. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% kepada $ 1769,71 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 1480K | 1355K | – |
| 20.30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jun) | 2509K | 3000K | – |
| 20.30 | USD – Unemployment Rate (Jun) | 13.3% | 12.3% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 97.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 95.85.
Tahap rintangan: 97.55, 98.80
Tahap sokongan: 95.85, 94.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2510. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2510, 1.2660
Tahap sokongan: 1.2340, 1.2165

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1175. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1320.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1090

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 107.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 108.00, 108.60
Tahap sokongan: 107.40, 106.60

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendah. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.7020.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6680

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6490. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3685.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3820
Tahap sokongan: 1.3485, 1.3330

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9450. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9545, 0.9650
Tahap sokongan: 0.9450, 0.9365

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 40.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 35.05.
Tahap rintangan: 40.45, 43.85
Tahap sokongan: 35.05, 31.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1764.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1795.80, 1825.25
Tahap sokongan: 1764.25, 1736.80