83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 Julai 2020                       Analisis Sesi Petang

Dolar AS turun disebabkan oleh data pekerjaan yang suram.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama merosot berikutan data Nonfarm ADP dibebaskan pada hari semalam. Menurut Automatic Data Processing (ADP), data Perubahan Pekerjaan NonFarm AS dibebaskan pada 2,369K, lebih lemah daripada ramalan ahli ekonomi pada 3,000K, menunjukkan kelemahan pasaran buruh AS semasa kejatuhan wabak. Serangkaian data pekerjaan yang lemah dibebaskan baru-baru ini memberikan tanda yang lebih jelas mengenai keputusan NonFarm Payroll malam ini, oleh itu peserta pasaran memilih untuk melarikan diri dari pasaran dolar sementara tetap berhati-hati untuk membuat dagangan  pada masa ini. Selain itu, minit mesyuarat yang dovish bias daripada Federal Reserve juga mendorong para pelabur untuk menjual pegangan dolar mereka. Dalam minit mesyuarat FOMC, ahli lembaga sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah rendah untuk jangka masa tertentu disebabkan oleh pandemi covid-19. Selain itu, mesyuarat FOMC juga menunjukkan bahawa dasar monetari harus dilonggarkan di tengah keadaan ekonomi AS yang lemah ketika ini. Setakat ini, indeks dolar turun 0.12% ke $97.10.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.02% ke $39.80 setong kerana penurunan tahap inventori minyak mentah yang tidak dijangka baru-baru ini memberikan momentum kenaikkan harga yang kuat terhadap pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, isu bekalan melebihi juga mulai menyusut setelah data IHS Markit menunjukkan penurunan ketara dalam penyimpanan stok minyak mentah sebanyak kira-kira 150 juta tong bulan lalu. Selain itu, harga emas juga menyusut 0.09% ke $1768,75 satu troy ounce kerana para pelabur masih menunggu data NFP malam ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – Initial Jobless Claims 1480K 1355K
20.30 USD – Nonfarm Payrolls (Jun) 2509K 3000K
20.30 USD – Unemployment Rate (Jun) 13.3% 12.3%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.65, 98.10

Tahap sokongan: 96.95, 96.45

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2500. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2590

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2330

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1190. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1190, 1.1135

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.90, 108.45

Tahap sokongan: 107.35, 106.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6885. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6935, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6855

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6465. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6515.

 

Tahap rintangan: 0.6515, 0.6560

Tahap sokongan: 0.6465, 0.6400

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend bullish. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3690.

 

Tahap rintangan: 1.3690, 1.3805

Tahap sokongan: 1.3520, 1.3360

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9445. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9510, 0.9610

Tahap sokongan: 0.9445, 0.9370

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 40.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 39.05.

 

Tahap rintangan: 40.25, 41.35

Tahap sokongan: 39.05, 37.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1762.65 MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1789.30, 1823.85

Tahap sokongan: 1762.65, 1734.25