09 Julai 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie merosot susulan data inflasi China.
Semasa lewat sesi Asia lewat, dolar Aussie yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan data inflasi yang bercampuran dari China. Menurut kepada Biro Statistik Nasional China, indeks harga pengeluar (PPI) yang mengukur kos barang di kilang telah menyusut sebanyak -3% pada bulan Jun, sedikit lebih baik daripada ramalan pasaran -3,2%. Namun, data tersebut tidak dapat memberikan keyakinan untuk pasaran kerana ia masih dalam tekanan deflasi. CPI China juga merosot kepada -0.1%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 0%. Selain itu, koronavirus di Australia juga kekal menimbang kepada sentimen risiko di mana Australia bergelut untuk menangani isu koronavirus. Oleh kerana lonjakan coronavirus secara tiba-tiba di bandar Victoria, Australia telah mengenakan sekatan kembali dalam bandar dan menutup sempadan antara Victoria dan New South Wales untuk mengawal penyebaran koronavirus. Pada masa penulisan, AUD/USD merosot sebanyak 0.08% ke 0.6974.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal rata dan turun sebanyak 0.02% kepada 40.74 setong semasa penulisan berikutan dengan ketakutan COVID-19 telah mengimbangi tanda-tanda pemulihan. Sentimen pasaran tetap bergelut untuk mendapatkan keyakinan yang kukuh terhadap potensi kenaikan yang lebih lanjut kerana beberapa negeri di AS telah meningkatkan kemungkinan untuk sekatan semula yang boleh mempengaruhi pemulihan permintaan bahan bakar. Pada hari Rabu, AS melaporkan lebih daripada 58,000 kes baru yang merupakan kenaikan terbesar yang pernah dilaporkan oleh sebuah negara dalam satu hari. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.09% kepada $ 1808.70 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam ketakutan terhadap koronavirus terus mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk komoditi yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 1,427K | 1,378K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 96.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras sokongan di 96.10.
Tahap rintangan: 96.90, 97.55
Tahap sokongan: 96.10, 95.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintnangan di 1.2625. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2625, 1.2730
Tahap sokongan: 1.2525, 1.2435

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1320, 1.1285

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.95.
Tahap rintangan: 107.50, 107.95
Tahap sokongan: 106.95, 106.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7115.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9380. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9430, 0.9475
Tahap sokongan: 0.9380, 0.9320

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momemtum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.35.
Tahap rintangan: 41.35, 43.55
Tahap sokongan: 40.10, 39.15

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1823.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1800.00.
Tahap rintangan: 1813.90, 1823.80
Tahap sokongan: 1800.00, 1786.25