20 Julai 2020 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak ke atas harapan terhadap rancangan pemulihan ekonomi.
Euro telah mencatat keuntungannya pada hari ini susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa para pemimpin Eropah akan mencapai konsensus mengenai pelan rangsangan ekonomi untuk memerangi pemusnahan perkembangan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Walau bagaimanapun, untuk rundingan pada hujung minggu yang lalu, para pemimpin EU telah mengalami kebuntuan atas cadangan dana pemulihan yang bernilai sebanyak 750 milion euro, yang seharusnya dilaksanakan untuk memperbaiki kecairan dan kesolvenan dalam pasaran kewangan oleh Suruhanjaya Eksekutif EU. Tambahan pula, diplomat EU menegaskan bahawa mereka mungkin akan meninggalkan perundingan sidang kemuncak EU dalam minggu ini sambil memulakan semula pertemuan lain untuk bulan yang depan. Namun, para pelabur masih tetap positif terhadap rundingan tersebut sambil menjangkakan bahawa Kesatuan Eropah akan mencapai sebuah rancangan rangsangan ekonomi yang efisien bagi masa depan walaupun mereka gagal melakukannya pada masa ini. Dari segi data ekonomi, Euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya selepas data ekonomi yang positif telah dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Indeks (CPI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0.1% ke 0.3%, yang selanjutnya momentum prospek positif ke atas perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Semasa penulisan, EUR/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.04% ke 1.1423.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.94% ke $40.50 se tong semasa penulisan. Namun, pasaran minyak mentah telah menerima momentum bearish yang ketara pada waktu dagangan awal susulan dengan peningkatan kes-kes jangkitan koronavirus yang ketara di seluruh dunia, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.14% ke $1807.75 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas kes-kes jangkitan koronavirus mencapai rekod tertinggi, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 95.58. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.65, 99.00
Tahap sokongan: 95.85, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2515. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2670, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2340

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1430. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1370.
Tahap rintangan: 1.1430, 1.1495
Tahap sokongan: 1.1370, 1.1305

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.40, 107.95
Tahap sokongan: 106.75, 106.40

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7020. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan in untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7180
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6610

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.6575. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6465

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3555. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3630.
Tahap rintangan: 1.3630, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3555, 1.3510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9375. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9435.
Tahap rintangan: 0.9435, 0.9470
Tahap sokongan: 0.9375, 0.9320

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 40.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 40.95, 41.40
Tahap sokongan: 40.40, 39.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1813.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1813.15, 1845.10
Tahap sokongan: 1792.60, 1770.25