83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Julai 2020                       Analisis Sesi Pagi

Rangsangan ekonomi Eropah, meningkatkan permintaan ke atas Euro.

Euro telah melonjak semalam selepas negara-negara Kesatuan Eropah telah mencapai rancangan mengenai rangsangan ekonomi yang besar untuk mengatasi pemusnahan perkembangan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, negara-negara yang gagal mencapai konsensus dalam mesyuarat sebelumnya seperti Austria, Sweden dan Belanda telah memutuskan untuk membantu negara jiran mereka untuk memerangi wabak koronavirus. Jadi, sentimen tersebut telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi sambil mencetuskan permintaan yang ketara ke atas Euro. Dana rangsangan ekonomi yang bernilai 750 bilion euro telah dipersetujui untuk dikumpulkan oleh Suruhanjaya Eropah bagi memberangsangkan pertumbuhan ekonomi sambil memperbaiki isu kecairan dan kesolvenan di pasaran kewangan dari rantau Eropah. Selain itu, hasil positif dari beberapa percubaan vaksin koronavirus pada hari Isnin yang lalu juga telah meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas pasangan Euro. Walau bagaimanapun, para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai data-data ekonomi yang lanjutnya dari rantau Eropah dan juga vaksin untuk wabak koronavirus untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut pada masa kini. Semasa penulisan, EUR/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.04% ke 1.1529.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.20% ke $41.55 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan harapan yang positif terhadap vaksin koronavirus akan dikembangkan menjelang akhir tahun ini, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.04% ke $1842.30 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS selepas kes-kes koronavirus telah meningkat dengan mendadak dari rantau A.S., yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari A.S. ke negara lain.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Retail Sales (MoM) 16.9%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jun) -0.1%
22:00 USD – Existing Home Sales (Jun) 3.91M 4.86M
22:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories -7.493M -2.098M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 95.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 94.10.

 

Tahap rintangan: 95.95, 97.80

Tahap sokongan: 94.10, 91.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2740. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2740, 1.2795

Tahap sokongan: 1.2660, 1.2575

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1450. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1710.

 

Tahap rintangan: 1.1710, 1.2035

Tahap sokongan: 1.1450, 1.1185

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap oskongan 106.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.35, 107.95

Tahap sokongan: 106.75, 106.40

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7145. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7025, 0.6925

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6565. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6735.

 

Tahap rintangan: 0.6735, 0.6855

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6465

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3420. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3500, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3420, 1.3365

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9335. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9255.

 

Tahap rintangan: 0.9335, 0.9455

Tahap sokongan: 0.9255, 0.9180

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 43.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 43.05, 47.75

Tahap sokongan: 36.05, 29.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1852.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1852.20, 1914.45

Tahap sokongan: 1806.55, 1752.65