30 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut di tengah pernyataan dovish dari Fed.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan pernyataan yang dovish dari Federal Reserve pada awal pagi. Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada dalam julat 0%-0.25% sambil berjanji untuk mengekalkan kadar yang lebih rendah sehingga mereka rasa perkembangan ekonomi di A.S. telah pulih sepenuhnya dan dapat mencapai tujuan maksimum pekerjaan dan kestabilan inflasi. Selain itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara dari A.S. juga memberikan tekanan bearish ke atas Dolar AS yang lanjutnya. Menurut kepada The Guardian, Florida telah melaporkan rekod peningkatan kematian yang akibat daripada koronavirus pada hari Selasa yang lalu, sementara itu kes-kes koronavirus di Texas telah juga melampaui angka 400,000, mencetuskan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat masih tidak mengendalikan wabak koronavirus dan menambahkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi bentuk-V dari Amerika Syarikat. Namun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data ekonomi yang positif telah dibebaskan pada hari semalam. Menurut kepada National Association of Realtor, A.S. Pending Home Sales untuk bulan yang lepas telah memberikan bacaan sebanyak 16.6%, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 15.0%. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.46% ke $93.20.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.05% ke $41.25 se tong semasa penulisan selepas data inventori minyak mentah telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration(EIA), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.892M ke bacaan sebanyak -10.612M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 0.357M. Sebaliknya, pasaran emas telah meningkat sebanyak 0.17% ke $1967.50 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Jul) | 0.25% | 45K | – |
| 16:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q2) | – | -9.0% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 69K | -34.0% | |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | -2.2% | 1,400K |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 95.55, 97.65
Tahap sokongan: 92.95, 91.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3010. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3190
Tahap sokongan: 1.2840, 1.2685

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1710. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1910.
Tahap rintangan: 1.1910, 1.2035
Tahap sokongan: 1.1710, 1.1450

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 105.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 104.25.
Tahap rintangan: 105.25, 106.40
Tahap sokongan: 104.25, 103.15

AUDUSD, Weekly: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7365.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7560
Tahap sokongan: 0.7120, 0.6815

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.6690. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6690, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6625, 0.6575

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3330. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3520
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9010.
Tahap rintangan: 0.9175, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9010, 0.8860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 41.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 42.05, 43.05
Tahap sokongan: 41.15, 40.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1965.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1965.50, 2001.85
Tahap sokongan: 1934.55, 1905.00