05 Ogos 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar melanjutkan pengundurannya susulan kebimbangan pemulihan yang berterusan.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal lemah dan jatuh semasa lewat sesi Asia susulan dengan harapan terhadap pemulihan AS dari pandemik COVID-19 terus menyusut. Selain itu, kegagalan dalam mencapai kata sepakat mengenai langkah rangsangan terbaru dari Kongres A.S. juga menambah kebimbangan terhadap pasaran. Menurut laporan, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin memberi amaran bahawa “kita tidak akan mendekati” sebarang perkembangan dengan harga $ 3.4 trilion yang diminta oleh Demokrat, walaupun dengan perunding Rumah Putih berjanji untuk bekerja “sepanjang masa” demi mencapai konsensus dalam akhir minggu ini. Berdasarkan dengan perkembangan terkini, kedua-dua pihak masih kelihatan jauh dalam syarat tuntutan pengangguran $ 600 setiap minggu. Selain itu, menambah tekanan penjualan yang lebih lanjut untuk dolar AS adalah penurunan hasil lengkuk di mana hasil AS jatuh lebih ke dalam arah negatif dan mencatatkan rekod rendah. Pada masa penulisan, indeks dolar telah merosot sebanyak 0.27% kepada 93.04.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.37% kepada $ 41.63 setong semasa penulisan berikutan dengan letupan di Lebanon yang menimbulkan ketidakstabilan di rantau tersebut. Menurut kepada laporan, letupan telah muncul di kawasan sekitar Pelabuhan Beirut. Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia adalah disebabkan oleh bahan peledak yang sangat besar di pelabuhan, tetapi tidak mengatakan sama ada ia adalah kemalangan atau serangan. Sebaliknya, harga emas melanjutkan keuntungannya dan meningkat sebanyak 0.15% kepada $2015.42 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan kelemahan dolar dan pelbagai risiko geopolitik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Jul) | 47.7 | 57.1 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jul) | 47.1 | 56.6 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) | 2,369K | 1,500K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | 57.1 | 55.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -10.612M | 0.357M | – |
Analisis Teknikal 
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.55.
Tahap rintangan: 94.10, 95.95
Tahap sokongan: 92.55, 91.45

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3060. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3150.
Tahap rintangan: 1.3150, 1.3245
Tahap sokongan: 1.3060, 1.2985

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1775. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1830.
Tahap rintangan: 1.1830, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1695

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 106.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 105.00.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan: 105.00, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7205
Tahap sokongan: 0.7120, 0.7080

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6580. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3045

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9125. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9125.
Tahap rintangan: 0.9170, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9125, 0.9065

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 41.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangannya di 41.70.
Tahap rintangan: 41.70, 42.45
Tahap sokongan: 41.15, 40.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1984.10.
Tahap rintangan: 2040.60, 2090.10
Tahap sokongan: 1984.10, 1939.50