83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Ogos 2020                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Mata wang Aussie meningkat susulan data inflasi China yang optimis.

Semasa lewat sesi Asia, dolar Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah melonjak berikutan dengan data inflasi yang positif dari China. Menurut kepada Biro Statistik Nasional China, CPI China pada bulan Julai telah meningkat kepada 0.6%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4% sementara angka tahunan juga meningkat kepada -2.4% berbanding dengan jangkaan sebanyak -2.5%. Data-data optimis tersebut berjaya mendapatkan kembali keyakinan pasaran dan membantu pasangan ini untuk memulihkan sebahagian dari kekuatannya. Namun, sentimen positif dijangka tidak dapat bertahan lama kerana kebimbangan mengenai ketegangan AS-China dan koronavirus terus mencabar sentimen tersebut. Setakat ini, para penggubal dasar A.S. sekarang menuduh Beijing campur tangan dalam pilihan raya AS. Dalam isu virus, negeri kedua yang terpadat di Australia, Victoria telah merekodkan lonjakan kematian terbesar dalam sehari akibat Covid-19. Pada masa penulisan, AUD / USD meningkat sebanyak 0.12% kepada 0.7166.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung sebanyak 1.79% kepada $41.70 setong semasa penulisan berikutan dengan pengurangan dalam pengeluaran Iraq dan keputusan Saudi Aramco. Iraq, anggota kedua terbesar bagi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC +) mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan pemotongan dalam pengeluaran untuk mengimbangi kegagalan dalam mematuhi perjanjian yang dibuat pada bulan April untuk membatasi pengeluaran minyak. Saudi Aramco melaporkan kejatuhan dalam keuntungan suku kedua sebanyak 73% tetapi masih merancang untuk mengagihkan dividen sebanyak $ 75 bilion tahun ini. Sebaliknya, harga emas melanjutkan pengundurannya dan turun sebanyak 0.16% kepada $ 2029.40 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22.00 USD – JOLTs Job Openings (Jun) 5.397M


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.

 

Tahap rintangan: 94.10, 95.95

Tahap sokongan: 92.55, 91.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1.3060.

 

Tahap rintangan: 1.3060, 1.3150

Tahap sokongan: 1.2985, 1.2890

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1775. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1830.

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1695

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 105.05.

 

Tahap rintangan: 106.15, 106.95

Tahap sokongan: 105.05, 104.30

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7190.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6580. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3675

Tahap sokongan: 1.3335, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 0.9125. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9170.

 

Tahap rintangan: 0.9170, 0.9220

Tahap sokongan: 0.9125, 0.9065

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 41.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.10.

 

Tahap rintangan: 42.10, 42.95

Tahap sokongan: 41.15, 40.45

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 2046.25.

 

Tahap rintangan: 2046.25, 2074.75

Tahap sokongan: 2021.95, 2000.00