83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Ogos 2020                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 10 – 14

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 3 – 8

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan ketegangan di antara A.S. dan China dan juga peningkatan kes-kes wabak koronavirus yang ketara telah memberikan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari A.S. ke negara lain. Indeks dolar menutup harganya pada 93.33 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China selepas Presiden AS Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif pada hari Khamis yang lalu untuk menyekat aktiviti aplikasi media sosial China seperti TikTok dan WeChat. TikTok adlaah latform teknologi dari China pertama yang mendapat populariti besar di A.S sementara WeChat adalah yang banyak digunakan oleh orang Amerika untuk membuat perniagaan atau peribadi dengan China. Sekatan-sekatan tersebut akan menjejaskan hubungan di antara kedua-dua negara tersebut sambil mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Tambahan pula, peningkatan jumlah kes-kes koronavirus yang mendadak dari Amerika Syarikat selepas beberapa sektor ekonomi telah dibukakan semula telah mendorong para pelabur khuatir terhadap kecekapan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada TheGuardian, jangkitan koronavirus di Amerika Syarikat telah melepasi 5 juta kes sementara Amerika Syarikat telah mempunyai jumlah kematian tertinggi di dunia dari koronavirus, iaitu hampir 163,000.

 

Dari segi data ekonomi, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau Amerika Syarikat. Menurut kepada Institute for Supply Management, A.S. ISM Manufacturing Purchasing Manager Indeks dan A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberikan bacaan sebanyak 54.2 dan 58.1, yang kedua-duanya lebih baik daripada jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 53.6 dan 55.0. Selain itu, Department of Labor telah melaporkan bahawa A.S. Initial Jobless Claims juga menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 1,435K ke bacaan sebanyak 1,186K, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 1,415K. Sementara itu, A.S. NonFarm Payrolls dan A.S kadar pengangguran juga menunjukkan bacaan yang sangat positif, yang selanjutnya mencetuskan beberapa permintaan pasaran ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi dari A.S., data-data ekonomi dan juga wabak koronavirus untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.90. Yen Jepun telah menerima momentum bearish yang ketara susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus di Jepun telah mencetuskan kebimbangan para pelabur ke atas perkembangan ekonomi di Jepun. Menurut kepada Kyodo News, Jepun telah mengesahkan rekod 1,597 jangkitan koronavirus baru pada hari Jumaat yang lalu. Untuk mengurangkan risiko penyebaran koronavirus, pemerintah Tokyo uriko Koike telah meminta penduduk untuk tidak melakukan perjalanan semasa percutian sementara itu pemerintah metropolitan telah meningkatkan kewaspadaan untuk pandemi ke tahap tertinggi.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1774. Pasangan tersebut menerima momentum bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Di samping itu, euro telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan data-data ekonomi yang positif dari rantau Eropah telah meningkatkan permintaan ke atas Euro. Menurut kepada Markit Economics, Jerman Manufacturing Purchasing Manager Indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 45.2 ke bacaan sebanyak 51.0, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 50.0. Sementara itu, Eurozone Markit Composite Purchasing Manager Indeks (PMI) memberi bacaan sebanyak 54,9, yang juga lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 54.8.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3050. Paun Sterling telah melanjutkan keuntungannya selepas Monetary Policy Commitee (MCP) dari Bank Pusat UK telah memutuskan untuk mengekalkan fadar faedahnya pada 0.1% sambil menegaskan bahawa mereka akan meneruskan program rangsangan ekonomi yang ada untuk memperbaiki kecairan dan kesolvenan bagi pasaran kewangan UK. Selain itu, MCP juga menegaskan bahawa kesan negatif yang akibat daripada wabak koronavirus terhadap pertumbuhan ekonomi telah hilang secara beransur-ansur, yang selanjutnya meningkatkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di UK sambil mencetuskan permintaan ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 3 – 8

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $2,034.58 se troy auns.Pasaran emas telah mencapai tahap tertinggi pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan ketegangan di antara AS dan China, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas. Selain itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dari seluruh dunia juga mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mencetuskan permintaan yang ketara ke atas emas. Walau bagaimanapun, pasaran emas telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang positif dari A.S. telah dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu,. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, kadar pengangguran A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 11.1% ke bacaan sebanyak 10.2%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 10.5%. Tambahan pula, data A.S. Nonfarm Payrolls memberi bacaan sebanyak 1,763K, yang juga lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1,600K.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $41.27 se tong. Pasaran minyak mentah telah mencatat keuntungannya selepas data-data yang positif seperti EIA dan API telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada American Petroleum institusi, inventori minyak metah mingguan API telah menyusut secara besar-besaran dari bacaan terdahulu sebanyak -6.829M ke bacaan sebanyak -8.587M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -3.300M. Selain itu, inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -7.373M, yang juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -3.001M. Oleh kerara kedua-dua data tersebut memberi bacaan yang rendah, ia terus menunjukkan bahawa permintaan untuk minyak mentah adalah tetap tinggi, yang memberikan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan para pelabur masih khuatir bahawa wabak koronavirus akan terus menjejaskan permintaan untuk minyak mentah pada masa depan. Justerunya, pada masa kini para pelabur masih perlu memberikan fokus pada vaksin koronavirus dan juga data-data mengenai inventori minyak mentah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 10 – 14

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti UK GDP akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 10 – 14

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 10hb Ogos 2020
22:00 USD JOLTs Job Openings (Jun) 5.397M
Selasa –11hb Ogos 2020
16:30 GBP Average Earnings Index +Bonus (Jun) -1.2% -0.3%
16:30 GBP Claimant Count Change (Jul) 250.0K -28.1K
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Aug) 58.0 59.3
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
20:30 USD PPI (MoM) (Jul) 0.3% -0.2%
Rabu – 12hb Ogos 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -8.587M
10:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
11:00 NZD RBNZ Press Conference
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q2) -20.9% -2.2%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Jun) 10.0% 8.4%
20:30 USD Core CPI (MoM) (Jul) 0.2% 0.2%
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories -7.373M
Khamis – 13hb Ogos 2020
08:30 AUD Employment Change (Jul) 40.0K 210.8K
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,140K 1,186K
Jumaat– 14hb Ogos 2020
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Jul) 4.7% 4.8%
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Jul) 1.6% 7.3%
20:30 USD Retail Sales (MoM) (Jul) 1.8% 7.5%