12 Ogos 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar New Zealand jatuh susulan dengan nada dovish daripada RBNZ.
Dolar New Zealand yang dikenali sebagai Kiwi gagal melanjutkan keuntungannya dan mengalami kejatuhan yang ketara semasa sesi dagangan asian hari ini selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) memberikan komen yang dovish mengenai dasar monetari semasa dan akhirnya memudarkan daya tarikan mata wang kiwi. Pada awal hari ini, penggubal dasar RBNZ sebulat suara setuju untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 0.25%, sementara tetap terbuka untuk alat rangsangan tambahan di masa depan jika keadaan ekonomi menjadi lebih buruk. Sebagai usaha untuk membatasi kerosakan covid-19 terhadap ekonomi negara, penggubal dasar RBNZ meluluskan untuk melonggarkan program Pembelian Aset Skala Besar (LSAP) sehingga $100 bilion. Dalam sidang media RBNZ, Adrian Orr mengulangi bahawa kadar negatif tetap merupakan salah satu pilihan aktif dalam mesyuarat yang akan datang. Di samping itu, ada beberapa kluster yang baru juga muncul di New Zealand pada minggu lalu, yang mendesak tahap kecemasan negara ke tahap 2. Oleh itu, kerajaan New Zealand memutuskan untuk mengenakan kembali sekatan penguncian di daerah tertentu selama 3 hari. Semasa penulisan, pasangan NZD/USD turun 0.44% ke 0.6545.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.34% ke $41.75 setong setelah Rusia mengumumkan bahawa penyelidikan vaksin pertama telah berjaya disiapkan dan akan didaftarkan secara rasmi pada hari ini. Berita positif daripada perkembangan vaksin telah meningkatkan harapan pasaran terhadap pemulihan permintaan pasaran minyak. Selain itu, harga emas menyusut 1.90% ke $1875.50 setroy auns kerana selera risiko pasaran meningkat susulan dengan berita positif vaksin telah diumumkan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (MoM) | 1.8% | 8.0% | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) | 8.4% | 10.0% | – |
| 14:00 | GBP – Monthly GDP 3M/3M Change | -19.1% | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.2% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -7.373M | -2.875M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 95.55, 97.65
Tahap sokongan: 93.30, 91.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3010. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3175
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1715. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1800, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1715, 1.1590

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 106.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 107.35.
Tahap rintangan: 107.35, 108.40
Tahap sokongan: 106.40, 105.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7105. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7015

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6530. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6625
Tahap sokongan: 0.6530, 0.6465

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3340. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3340, 1.3390
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3160

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9195. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9330
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 42.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 40.95.
Tahap rintangan: 42.10, 43.05
Tahap sokongan: 40.95, 40.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1870.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1910.05, 1940.95
Tahap sokongan: 1870.30, 1817.15