13 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun stabil susulan pembebasan data baru-baru ini.
Semasa awal sesi awal Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain kekal kukuh dan mempertahankan kedudukannya selepas keluaran data UK baru-baru ini. Menurut kepada Statistik Nasional, GDP UK telah memberi bacaan sebanyak -20.4%, sedikit lebih baik daripada jangkaan pasaran -20.5%. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan penyusutan yang terbesar dilaporkan oleh ekonomi utama walaupun dengan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Data tersebut juga menunjukkan bahawa ekonomi UK telah memasuki kemelesetan yang merupakan pertama kali sejak krisis kewangan. Namun, potensi penurunan tersebut adalah terhad kerana kemelesetan ekonomi yang ketara telah dijangkakan semasa berada pada tempoh puncak sekatan. Sementara itu, data Manufacturing Production telah meningkat kepada -14.6%, melepasi jangkaan pasaran sebanyak -15% di mana ia memberikan pemangkin yang lebih lanjut bagi pasangan ini untuk kekal momentum. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.06% kepada 1.3038.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak 0.21% kepada $42.60 setong semasa penulisan susulan dengan penurunan dalam bekalan minyak mentah mingguan yang lebih besar daripada yang dijangkakan. Menurut kepada data dari Energy Information Association (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah turun sebanyak 4.5 juta tong untuk minggu yang berakhir pada 7 Ogos, melebihi jangkaan untuk pengurangan sebanyak 2.9 juta tong. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.11% kepada $1919.35 se troy auns susulan dengan para pelabur menuju ke pasaran saham dan menjual logam berharga.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 0.25% | 0.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.45.
Tahap rintangan: 94.00, 95.70
Tahap sokongan: 92.45, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3200.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1895.
Tahap rintangan: 1.1895, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1575

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 106.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.40, 108.05
Tahap sokongan: 106.75, 106.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7190.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7075, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6590. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6395

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3485
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9065.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 42.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 42.60, 43.55
Tahap sokongan:41.05, 39.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1908.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1970.60.
Tahap rintangan: 1970.60, 2016.10
Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95