83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Ogos 2020                      Analisis Sesi Tengah Hari

Yen Jepun meningkat walaupun GDP yang lemah.

Semasa lewat sesi Asia lewat, mata wang Yen Jepun yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain gagal melanjutkan kerugiannya Jumaat lalu dan bangkit walaupun dengan data inflasi yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Menurut kepada Pejabat Kabinet Jepun, GDP Jepun untuk suku kedua turun di bawah -7.8%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak -7.6%. Data tersebut juga menandakan penyusutan ekonomi terbesar di negara ini. Namun, Yen Jepun yang selamat tersebut berjaya bertahan kerana sentimen penghindaran risiko terus menyokong permintaan tersebut. Setakat ini, ketakutan terhadap COVID-19 dan ketegangan antara AS dan China terus menyekat sentimen optimis pasaran. Dari segi virus, Jepun telah mencatatkan hari kelima berturut-turut yang melebihi 200 kes baru. Dari segi lain, Presiden AS Donald Trump juga terus meningkatkan ketegangan di mana beliau menyatakan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap lebih banyak syarikat China yang termasuk Alibaba setelah beliau memerintahkan ByteDance untuk mengeluarkan operasi TikTok di AS dalam tempoh 90 hari baru-baru ini. Pada masa penulisan, USD / JPY jatuh 0.06% kepada 106.53.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.60% kepada $ 42.56 setong semasa penulisan berikutan dengan China merancang untuk mengimport lebih banyak minyak mentah. Menurut kepada Reuters. Syarikat-syarikat minyak milik China telah menempah kapal tangki untuk mengangkut sekurang-kurangnya 20 juta tong minyak mentah A.S. untuk bulan Ogos dan September. Pada masa yang sama, jumlah pelantar minyak yang beroperasi minggu lalu kekal pada paras terendah untuk minggu ke-15 berturut-turut juga membantu menyokong harga komoditi ini. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.22% $ 1920.40 se troy auns di tengah-tengah sentimen bercampuran sementara pasaran menunggu untuk isyarat selanjutnya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.45.

 

Tahap rintangan: 94.00, 95.70

Tahap sokongan: 92.45, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3200.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1895. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1895, 1.1985

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1575

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 106.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 106.25.

 

Tahap rintangan: 106.95, 107.65

Tahap sokongan: 106.25, 105.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7190. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7075, 0.6970

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6510. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6590.

 

Tahap rintangan: 0.6590, 0.6685

Tahap sokongan: 0.6510, 0.6395

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3330, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9065. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9225.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365

Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 42.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 42.60, 43.55

Tahap sokongan: 41.05, 39.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1908.55.

 

Tahap rintangan: 1970.60, 2016.10

Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95