26 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Euro melonjak susulan dengan data ekonomi yang optimisme.
Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya selepas data-data ekonomi yang positif dari rantau Eropah telah dibebaskan pada hari semalam. Menurut kepada Statistisches Bundesamt Deutschland, Jerman Gross Domestik Produk (GDP) pada suku terakhir telah memberi bacaan sebanyak -9.7%, lebih baik daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak -10.01%. Sementara itu, ifo Institut Penyelidikan Ekonomi melaporkan bahawa Jerman Ifo Business Climate Indeks telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 90.4 ke bacaan sebanyak 92.6, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 92.2. Oleh kerana kedua-dua data bernasib lebih baik daripada jangkaan pasaran, yang mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi dari Kesatuan Eropah sambil memberikan momentum bullish ke atas permintaan Euro. Dari segi Brexit, rundingan perdagangan di antara Eropah dan UK masih belum mencapai satu konsensus yang efisien walaupun berbulan-bulan rundingan yang telah dijalankan, justerunya ia telah mencetuskan kebimbangan hard-Brexit di antara kedua-dua negara tersebut. Selain itu, ketua perunding EU Michel Barnier juga menegaskan bahawa beliau berasa kecewa mengenai kebuntuan yang dialami di antara kedua-dua pihak pada minggu yang lalu. Ketidakstabilan risiko geopolitik mengenai masalah Brexit telah mengehadkan keuntungan ke atas Euro. Semasa penulisan, EUR/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.03% ke 1.1835.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.23% ke $43.42 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas stok minyak mentah AS telah menyusut sebanyak 4.5 juta tong pada minggu yang lalu, menurut kepada American Petroleum Institute (API). Justerunya, data yang positif tersebut telah memberikan prospek positif ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang sambil mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.06% ke $1928.50 se troy auns susulan dengan data-data perumahan yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) | 3.6% | 2.1% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -1.632M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.55.
Tahap rintangan: 93.30, 93.80
Tahap sokongan: 92.55, 92.05

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3150, 1.3250
Tahap sokongan: 1.3060, 1.3000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1785. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1890.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.2040
Tahap sokongan: 1.1785, 1.1710

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 106.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 106.55, 107.35
Tahap sokongan: 105.40, 104.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7205. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7235
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7075

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6525. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6575.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6690
Tahap sokongan: 0.6525, 0.6465

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3225. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3130.
Tahap rintangan: 1.3225, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3130, 1.2950

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9005.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9385
Tahap sokongan: 0.9005, 0.8795

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 43.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 43.40, 43.75
Tahap sokongan: 43.05, 42.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1910.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1956.60.
Tahap rintangan: 1956.60, 2005.65
Tahap sokongan: 1910.50, 1867.70