83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

Yen Jepun telah meningkat susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.

Aset selamat Yen Jepun telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan penyusutan yang ketara di pasaran saham AS semalam, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Yen Jepun. Syarikat teknologi di AS seperti Apple Inc, Alphabet, Amazon.com, dan Microsoft telah menyusut dengan ketara, yang selanjutnya mendorong indeks saham utama di A.S. didagang dengan lebih rendah semalam. Penganalisis menegaskan bahawa penyusutan saham AS adalah didorong oleh data-data ekonomi negatif, yang selanjutnya meningkatkan kebimbangan para pelabur ke atas pemulihan perkembangan ekonomi di AS. Dari segi data ekonomi A.S. semalam, A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah menurun dari bacaan terdahulu sebanyak 58.1 ke bacaan sebanyak 56.9, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 57.0. Namun, A.S. Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 881K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 950K sambil mengehadkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai data-data pekerjaan penting yang akan dibebaskan pada malam ini untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.08% ke 106.05.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.38% ke $41.05 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah terus didagang dengan lebih rendah susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak masih mencetuskan kebimbangan terhadap prospek permintaan pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1930.85 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur telah menjual komoditi emas sambil menukarnya ke wang tunai untuk mengelakkan panggilan margin dari bank.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22.00                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Retail Sales (MoM) (Jul) 2.7% 3.3%
16:30 GBP – Construction PMI (Aug) 58.1 58.3
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Aug) 1,763K 1,400K
20:30 USD – Unemployment Rate (Aug) 10.2% 9.8%
20:30 CAD – Employment Change (Aug) 418.5K 300.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (Aug) 68.5 57.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 93.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 93.25, 93.80

Tahap sokongan: 91.75, 92.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3250. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3475

Tahap sokongan: 1.3250, 1.3160

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1835. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1890, 1.1940

Tahap sokongan: 1.1835, 1.1770

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 106.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.25.

 

Tahap rintangan: 106.40, 106.95

Tahap sokongan: 105.25, 104.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410

Tahap sokongan: 0.7235, 0.7155

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6685. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6910

Tahap sokongan: 0.6685, 0.6595

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokognan 1.3010. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2840

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9120. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9050.

 

Tahap rintangan: 0.9120, 0.9180

Tahap sokongan: 0.9050, 0.9000

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 41.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 42.15, 42.60

Tahap sokongan: 41.45, 40.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1922.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1956.60, 1990.55

Tahap sokongan: 1922.10, 1882.00