07 September 2020 Analisis Sesi Petang
Paun mencatat kerugiannya susulan dengan ketidakpastian Brexit.
Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan Dolar AS susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS selepas data-data pekerjaan yang positif telah dibebaskan dari A.S. pada minggu yang lalu sementara itu ketidakstabilan mengenai isu Brexit masih berlegar dalam pasaran UK sambil mengurangkan permintaan ke atas Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Boris Johnson menegaskan bahawa kerajaan UK telah menetapkan tarikh akhir pada 15hb Oktober untuk mencapai perjanjian perdagangan “free-trade-deal” dengan Kesatuan Eropah, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal untuk mencapai perjanjian tersebut, UK akan berdagang dengan Kesatuan Eropah dengan peraturan WTO mulai tahun depan dan seterusnya. Tambahan pula, perunding Brexit UK David Frost juga menegaskan bahawa UK tidak takut dengan Brexit tanpa perjanjian pada akhir tahun ini, yang selanjutnya mencetuskan ketegangan di antara UK dan EU. Walau bagaimanapun, UK dan Eropah akan meneruskan rundingan sekali lagi di London pada hari Selasa. Justerunya, para pelabur perlu terus memantau perkembangan mengenai rundingan Brexit yang akan diadakan pada hari Selasa untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GPB/USD telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.30% ke 1.3241.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.91% ke $39.28 se tong semasa penulisan susulan dengan pembetulan teknikal selepas harga minyak mentah mengalami penurunan yang ketara pada minggu yang lalu. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dan juga kekurangan pemotongan minyak mentah dari OPEC dan sekutunya termasuk Rusia terus memberi tekanan bearish ke atas harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.01% ke $1937.10 se troy auns selepas data-data pekerjaan yang positif dari rantau AS telah dibebaskan pada minggu yang lalu, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Labor Day
All Day CAD Labor Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 93.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.15.
Tahap rintangan: 93.00, 93.80
Tahap sokongan: 92.15, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3230. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3355, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3160

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1830. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1940
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1770

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 106.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 106.40, 107.00
Tahap sokongan: 105.25, 104.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7260. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7340.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410
Tahap sokongan: 0.7260, 0.7155

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6685. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6685, 0.6595

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3140. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3010.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2840

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9120. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9180.
Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 43.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 36.10.
Tahap rintangan: 43.05, 47.05
Tahap sokongan: 36.10, 29.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1922.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1956.60.
Tahap rintangan: 1956.60, 1990.55
Tahap sokongan: 1922.10, 1882.00