08 September 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat walaupun dagangan nipis pada hari percutian AS.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama berjaya melanjutkan keuntungannya walaupun jumlah dagangan pada hari Buruh AS sangat nipis. Secara keseluruhan, pasaran Fx telah didagang secara senyap oleh para pelabur kerana mereka sedang menunggu lebih banyak pemangkin selepas percutian berakhir. Walaupun begitu, pasaran dolar AS tetap ‘wangi’ kerana pelabur terus mencerna beberapa data ekonomi utama yang dibebaskan pada minggu lalu, seperti data pengangguran yang optimis. Walau bagaimanapun, sentimen pasaran yang lebih luas tetap lemah dan ‘masam’ setelah Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell mengulangi bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa yang lebih lama sebelum ekonomi AS menunjukkan pemulihan yang kuat atau perkembangan berlaku. Dalam penyataan Powell yang lalu, beliau memutuskan untuk mengubah kerangka dasar monetari mereka ke sasaran inflasi sederhana di mana membenarkan inflasi melambung di atas paras 2%, sementara objektif pekerjaan maksimum sekarang diberikan peranan yang kurang penting. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.36% ke 93.05.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.47% ke $39.15 setong setelah mencecah tahap terendah dalam dua bulan ketika Arab Saudi menurunkan harga bekalan minyak mereka ke Asia sebagai prospek yang pesimis terhadap pasaran minyak. Pada masa yang sama, optimisme para pelabur terhadap pasaran minyak mentah telah pudar ketika pemulihan ekonomi menjadi perlahan di tengah kebangkitan gelombang wabak baru. Selain itu, harga emas meningkat 0.07% ke $1929.90 setroy auns di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap wabak coronavirus meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 93.25.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.60, 92.10

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3470
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2840

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah seleaps ia berundur dari tahap rintangan di 1.1840. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1705

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 106.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 106.95.
Tahap rintangan: 106.95, 107.90
Tahap sokongan:106.15, 105.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7330.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 0.6755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6615.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia melantun dari tahap sokongan di 1.3030. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2950

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 0.9200.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebiih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 39.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 40.25.
Tahap rintangan: 40.25, 41.50
Tahap sokongan: 39.00, 37.65

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1926.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 2067.75, 2147.50
Tahap sokongan: 1926.40, 1761.65