83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar Kanada meningkat susulan dengan pandangan ekonomi positif daripada BoC.  

Dolar Kanada yang secara meluas berkaitan dengan minyak melonjak dengan ketara di tengah-tengah prospek ekonomi masa depan yang hawkish daripada BoC. Semalam, BoC sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras yang rendah iaitu sebanyak 0.25% yang sesuai dengan jangkaan pasaran. Selain itu, BoC juga mendedahkan bahawa mereka akan meneruskan program pelonggaran kuantitatif (QE) hingga pemulihan yang kuat dapat dilihat di ekonomi Kanada. Secara terperinci, skala pembelian bon kerajaan BoC dalam program QE akan terus berada di paras $5 bilion setiap minggu. Meskipun demikian, BoC melihat bahawa ekonomi sedang beralih dari fasa pembukaan semula ke fasa pemulihan, ketika perbelanjaan isi rumah pulih tajam semasa musim panas sementara kadar pekerjaan juga meningkat dengan mendadak. Oleh itu, ini juga bermaksud bahawa ekonomi negara mungkin memerlukan dasar monetari yang luar biasa untuk menyokong kadar pemulihan pada masa ini. Oleh itu, BoC menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan dasar monetari mereka sehingga masalah ekonomi diserap sepenuhnya supaya 2% sasaran inflasi ekonomi dapat dicapai. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD meningkat 0.07% ke 1.3150.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.47% ke $37.85 setong kerana peningkatan inventori yang tidak dijangkakan di AS merosot daya tarikan pasaran komoditi hitam ini. Menurut API, Stok Minyak Mentah AS mingguan telah meningkat sebanyak 2.970M, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya -6.360M tong. Selain itu, harga emas meningkat 0.04% ke $1947.45 setroy auns di tengah peningkatan tingkah laku para pelabur untuk mengelakkan risiko pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:45                  EUR                    ECB Monetary Policy Statement

20:30                  EUR                    ECB Press Conference

01:00                  EUR                    ECB President Lagarde Speaks

(11hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
19:45 EUR – Deposit Facility Rate (Sep) -0.50% -0.50%
19:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision 0.00% 0.00%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 881K 846K
23:00 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -9.362M -1.335M

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 93.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 92.60.

 

Tahap rintangan: 93.25, 94.10

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3045. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras tahap sokongan di 1.2840.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3255

Tahap sokongan: 1.2840, 1.2715

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1775. MACD yang memaparkan isyarat momemtum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.1840.

 

Tahap rintangan: 1.1840, 1.1890

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1705

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap tertinggi segi tiga. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.15, 106.95

Tahap sokongan:105.20, 104.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7330.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 0.6755.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6835

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3030

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongna di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan  mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9295

Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 37.65. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 38.70, 40.30

Tahap sokongan: 35.65, 34.25

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1926.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 2069.75.

 

Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50

Tahap sokongan: 1926.40, 1761.65