22 September 2020 Analisis Sesi Pagi
Mata wang Euro menjunam susulan ketakutan gelombang kedua.
Semasa awal sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah mengalami tekanan penjualan yang ketara dan menjunam berikutan dengan kebangkitan semula dalam kes koronavirus telah meningkatkan kemungkinan Eropah untuk mengenakan semula langkah sekatan. Menurut kepada pengarah serantau WHO, Hans Kluge, Eropah telah melaporkan 300,000 jangkitan baru minggu lalu dan ia merupakan peningkatan mingguan yang paling tinggi. Menteri kesihatan Eropah sekali lagi menyedari potensi kesan gelombang kedua. Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn telah memberi amaran bahawa Jerman juga akan melihat lonjakan dalam kes jangkitan berikutan dengan penyebaran di negara-negara seperti Perancis, Austria dan Belanda. Beberapa negara seperti Denmark dan Yunani telah mengumumkan sekatan yang baru sementara U.K juga mempertimbangkan langkah sekatan yang baru. Mengikuti situasi yang semakin teruk tersebut, sekatan yang lebih ketat berkemungkinan akan dikenakan dan ia akan mempengaruhi potensi pemulihan sepenuhnya dari koronavirus dan memaksa ECB untuk menambahkan lebih banyak rangsangan, justerunya menyeret Euro dengan tekanan yang besar. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.09% kepada 1.1765.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.15% kepada $39.85 setong susulan dengan kebimbangan mengenai penyebaran koronavirus. Prospek permintaan minyak mentah sekali lagi menerima tamparan yang besar setelah statistik pada hari Isnin menunjukkan lebih daripada 30 juta orang yang dijangkiti di seluruh dunia. Sekatan yang lebih ketat boleh dikenakan semula dan akan mempengaruhi prospek permintaan komoditi yang kini sudah rapuh, justerunya mencetuskan penjualan yang ketara di pasaran. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.31% kepada $ 1915.06 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah dolar yang kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
10.00 NZD RBNZ Rate Statement
22.30 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22.00 | USD – Existing Home Sales (Aug) | 5.86M | 6.00M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 93.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.85, 95.70
Tahap sokongan: 92.05, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3165
Tahap sokongan: 1.2810, 1.2660

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1715. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1995
Tahap sokongan: 1.1715, 1.1575

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 104.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 105.20.
Tahap rintangan: 105.20, 106.20
Tahap sokongan: 104.25, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6595.
Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775
Tahap sokongan: 0.6595, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3455
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3115

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9125. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 0.9125.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9125, 0.9000

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 39.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 41.35, 43.95
Tahap sokongan: 39.00, 36.65

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1902.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1970.55.
Tahap rintangan: 1970.55, 2008.05
Tahap sokongan: 1902.20, 1857.95