83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melanjutkan keuntungannya susulan data yang optimis.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama terus meningkat semasa awal sesi awal berikutan dengan data perumahan yang positif. Menurut kepada National Association of Realtors, data Existing Home Sales telah memberi bacaan sebanyak 6M, ia adalah sejajar dengan jangkaan pasaran dan lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya sebanyak 5.8M. Mengikuti keluaran data positif tersebut, sentimen untuk dolar AS terus meningkat .Pada masa yang sama, faktor lain yang kini menyokong mata wang A.S adalah status penghindaran risiko disebabkan oleh kebimbangan virus yang diperbaharui. Sehingga sekarang, keadaan koronavirus yang semakin teruk di Euro dan penjualan saham kewangan yang ketara disebabkan oleh skandal wang kotor juga membebani pasaran. Sementara itu, perhatian sekarang akan beralih kepada Ketua Fed AS Jerome Powell kerana beliau akan membuat penampilan di Capitol Hill untuk membincangkan mengenai langkah-langkah yang berpotensi dari bank pusat untuk membantu ekonomi AS dan berpotensi mencetuskan momentum yang besar di pasaran. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat 0.34% kepada 93.97.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0,20% kepada $39,65 setong berikutan dengan laporan yang kurang memberangsangkan dari API. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 691,000 tong minggu lalu, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak penyusutan 4 juta tong. Data negatif tersebut telah meningkat kebimbangan bahawa pemulihan permintaan masih dalam keadaan terancam, justerunya ia memberikan tekanan berterusan untuk komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas tetap lemah dan turun sebanyak 0.04% kepada $1901,70 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar yang berterusan yang telah mengurangkan daya tarikan logam kuning tersebut sebagai tempat perlindungan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

10.00                     NZD                      RBNZ Rate Statement

19.50                     JPY                       BoJ Monetary Policy Statement

22.00                     USD                      Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
10.00 NZD – RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
15.30 EUR – German Manufacturing PMI (Sep) 52.2 52.5
16.30 GBP – Composite PMI 59.1 56.3
16.30 GBP – Manufacturing PMI 55.2 54.1
16.30 GBP – Services PMI 58.8 56.0
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -4.389M -2.325M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 93.90. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 92.05.

 

Tahap rintangan: 93.90, 95.70

Tahap sokongan: 92.05, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan terkini 1.2785. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah kembali ke atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2785, 1.3005

Tahap sokongan: 1.2510, 1.2240

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1710. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1890.

 

Tahap rintangan: 1.1890, 1.1995

Tahap sokongan: 1.1710, 1.1575

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 105.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 105.20, 106.20

Tahap sokongan: 104.25, 103.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7200. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap terkini 0.7200.

 

Tahap rintangan: 0.7200, 0.7340

Tahap sokongan: 0.7105, 0.6970

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6685. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6685.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6595, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3230.

 

Tahap rintangan: 1.3330, 1.3455

Tahap sokongan: 1.3230, 1.3115

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9205. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.9035.

 

Tahap rintangan: 0.9205, 0.9370

Tahap sokongan: 0.9035, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 39.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 41.35.

 

Tahap rintangan: 41.35, 43.95

Tahap sokongan: 39.00, 36.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1902.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1970.55.

 

Tahap rintangan: 1970.55, 2008.05

Tahap sokongan: 1902.20, 1857.95