25 September 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar AS menyusut susulan dengan data ekonomi yang suram.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya semalam selepas data pekerjaan yang suram telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 866K ke bacaan sebanyak 870K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 840K sambil mencetuskan prospek negatif ke atas momentum pemulihan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, Demokrat di Dewan Perwaklian A.S. kini telah mengusahakan rancangan pelan rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $2.4 trilion yang akan diundikan pada minggu depan. Namun, para pelabur masih khuatir bahawa sama ada kerajaan A.S. akan mengatasi perpecahan terdahulu sambil mencapai konsensus mengenai pakej ekonomi tersebut, yang selanjutnya meningkatkan risiko geopolitik di A.S. dan memberi tekanan bearish yang lanjutnya ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, Indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas data perumahan yang positif telah dibebaskan dari A.S. Census Bureau melaporkan bahawa A.S. New Home Sales telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 965K ke bacaan sebanyak 1,011K, lebih baik daripada jangkaan ekonomis sebanyak 895K. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.01% ke $94.32.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.77% ke $40.45 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi semalam susulan dengan harapan untuk rangsangan ekonomi yang baru dari A.S. akan terus memberangsangkan perkembangan ekonomi di seluruh dunia. Oleh kerana permintaan minyak mentah sangat berkorelasi dengan prestasi ekonomi global, prospek positif untuk perkembangan ekonomi akan terus meningkatkan daya tarikan untuk komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.01% ke $1867.85 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) | 2.6% | 1.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 94.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 94.90.
Tahap rintangan: 94.90, 95.95
Tahap sokongan: 94.10, 93.60

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2715. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.2840.
Tahap rintangan: 1.2840, 1.3045
Tahap sokongan: 1.2715, 1.2480

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1645. MACD yang memaparkan isyarat momemtum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1.1645.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1645, 1.1455

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 105.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 106.15
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan:105.20, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7080.
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7150
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6930

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6500. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6615, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3420. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3235

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke paras tahap rintangan di 0.9295.
Tahap rintangan: 0.9295, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9180

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 40.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 40.45.
Tahap rintangan: 40.45, 41.50
Tahap sokongan: 39.65, 38.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1860.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1877.55.
Tahap rintangan: 1877.55, 1896.90
Tahap sokongan: 1860.45, 1845.60