01 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut berikutan ketidakpastian mengenai rangsangan ekonomi AS.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menyusut selepas penggubal undang-undang A.S. berjanji untuk meneruskan perbincangan mengenai rancangan rangsangan ekonomi terkini. Kerajaan A.S. dijangkakan untuk mengundikan pakej rangsangan ekonomi yang sebanyak $2.2 trilion pada hari Rabu yang lalu, walaupun kegagalan untuk mencapai kesepakatan telah mendorong para pembuat dasar A.S. untuk menolak pengundian tersebut sambil menangguhkan perbincangan rang undang-undang rangsangan ekonomi hingga hari Khamis. Walau bagaimanapun, Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin menegaskan bahawa kerajaan A.S. telah mencapai beberapa kemajuan dalam rundingan rangsangan tersebut sambil mengulangi bahawa beliau menjangkakan pihak kerajaan A.S. akan mencapai satu konsensus pada hari ini. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Automatic Data Processing (ADP), A.S. ADP Nonfarm Employment Change telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 481K ke bacaan sebanyak 749K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 650K. Sementara itu, A.S. Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir memberi bacaan sebanyak -31.4%, yang juga lebih baik daripada jangkaan ekonomi sebanyak -31.7%. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi A.S. dan juga data Nonfarm Payrolls yang akan dibebaskan pada hari Jumaat untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.53% ke $40.05 se tong semasa penulisan selepas data inventori minyak mentah telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah menyusut ke bacaan sebanyak -1.980M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.569M. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.14% ke $1888.07 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Sep) | 56.6 | 56.6 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Sep) | 54.3 | 54.3 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 870K | 850K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Sep) | 56.0 | 56.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 93.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.70, 96.05
Tahap sokongan: 93.55, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.2990
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1750. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1750, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1415

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 105.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 105.40, 106.70
Tahap sokongan: 104.60, 103.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7170. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6910

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6510. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.7110
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6265

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3395. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3395, 1.3525
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3040

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9185. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9275, 0.9385
Tahap sokongan: 0.9185, 0.9075

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 40.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 40.05, 40.55
Tahap sokongan: 39.20, 38.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1902.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1852.15.
Tahap rintangan: 1902.90, 1954.85
Tahap sokongan: 1852.15, 1813.70