83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

05 Oktober 2020                               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 5 – Oktober 9

 

Reviu Pasaran (Forex): September 28 – Oktober 2

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama merosot secara keseluruhan pada minggu lalu di tengah-tengah ketidakpastian mengenai pelan rangsangan baru telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap ekonomi AS yang merosot. Walau bagaimanapun, serangkaian data ekonomi yang optimis berjaya mengehadkan kerugian indeks dolar.

Menurut statistik terkini, negara AS telah mencatatkan lebih daripada 7.6 juta kes Covid-19 yang disahkan sementara jumlah kematian telah memecah tahap 200 ribu, tidak menunjukkan tanda penurunan dalam wabak jangkitan dan masih merupakan negara yang paling terjejas di dunia. Selain itu, rundingan antara parti Republik dan Demokratik tetap diteruskan walaupun pelan rangsangan baru yang berjumlah $ 2.2 trilion telah diluluskan pada hari Jumaat yang lalu dengan pengundian terakhir 214 vs 207. Ini adalah kerana pusingan baru pelan rangsangan tersebut tidak akan disetujui oleh Senat yang dipimpin oleh Parti Republik pada tahap berikutnya kerana kedua-dua pihak mempunyai pendapat yang berbeza mengenai nilai pelan rangsangan. Dengan keadaan melaksanakan pelan rangsangan baru yang semakin pudar, sebahagian besar ahli ekonomi menjangkakan ekonomi AS akan berubah menjadi lebih teruk pada suku berikutnya.

Dari segi data ekonomi, sebahagian besar data ekonomi dibebaskan pada bacaan yang lebih positif. Menurut kepada Conference Board and National Association of Realtors, data Indeks Consumer Confidence AS dan Pending Home Sales dibebaskan pada 101.8 dan 8.8%, jauh lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi pada 89.2 dan 3.2%. Selain itu, sebahagian besar data daripada pasaran pekerjaan AS juga dibebaskan dengan bacaan yang optimis seperti data pekerjaan ADP dan kadar pengangguran. Walau bagaimanapun, data NFP yang difokuskan oleh para pelabur dibebaskan pada bacaan 661K yang kecewa, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 850K. Walaupun begitu, sentimen positif keseluruhan yang dihasilkan oleh data ekonomi berjaya mengehadkan kerugian indeks dolar pada minggu lalu.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.35. Sentimen bearish keseluruhan dalam pasaran pasangan mata wang ini terutamanya disumbangkan oleh ketidakpastian mengenai pelan rangsangan AS yang telah menurunkan daya tarikan dolar AS, akhirnya menurunkan nilai USD/JPY. Selain itu, selera para pelabur terhadap aset selamat telah meningkat dengan ketara kerana kebimbangan para pelabur terhadap kebangkitan wabak di dunia telah meningkat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1715. Selain daripada kekukuhan Dolar AS, momentum kenaikan juga datang dari komen Naib Presiden ECB de Guindos di mana ECB tidak perlu menyesuaikan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) mereka sekarang, tetapi mereka mengekalkan pendirian terbuka untuk melonggarkan dasra monetari jika pemulihan ekonomi terhenti. Walau bagaimanapun, Presiden ECB Christine Lagarde mendedahkan bahawa mungkin terdapat perubahan besar dalam matlamat inflasi zon Euro kerana mereka bimbang bahawa kadar inflasi meningkat dalam kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan mereka. Setakat ini, pelabur akan memberi perhatian kepada lebih banyak data ekonomi dan ucapan lebih lanjut dari ECB untuk menentukan arah pasangan mata wang ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2932. Pound Sterling mengalami corak bercampur minggu lalu namun berjaya mengakhiri sesi perdagangan dengan tahap harga yang lebih tinggi setelah Chancellor Jerman Angela Merkel menyatakan bahawa dia tetap optimis bahawa kesepakatan mengenai hubungan perdagangan pasca-Brexit mereka masih mungkin dicapaikan sebelum akhir tahun ini walaupun kedua-dua pihak ini masih mempunyai ketidaksamaan dalam pendapat. Selain itu, berita terkini juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan ketua eksekutif EU, Ursula von der Leyen bersetuju dalam satu panggilan telefon pada hari Sabtu untuk melanjutkan perbincangan Brexit untuk menutup “jurang ketara” dalam rundingan Pasca-Brexit. Setakat ini, perkembangan isu Brexit masih kekal sebagai pemangkin utama yang akan menentukan arah Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 28 – Oktober 2

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungan sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1898.65 se troy auns.  Komoditi utama yang bertindak sebagai tempat perlindungan pasaran telah mengalami tekanan beli yang besar setelah AS gagal menembusi kebuntuan yang ada dalam pelan rangsangan. Kebuntuan  ini menyebabkan orang Amerika tidak dapat pembayaran bantuan atau tuntutan pengangguran  untuk mengatasi kesan negatif daripada wabak tersebut, menyebabkan kadar pemulihan menjadi semakin perlahan sambil membiarkan sektor perniagaan dan isi rumah semakin merosot pada masa kritikal ini. Lebih-lebih lagi, berita mengenai Trump telah diuji positif kepada Covid-19 juga telah melanjutkan momentum kenaikkan harga di pasaran logam kuning ini kerana ia menimbulkan ketidakpastian mengenai pilihan raya AS akan datang yang diadakan pada awal bulan November.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $37.00 setong. Harga komoditi hitam ini telah dijual dengan ketara oleh para pelabur kerana jumlah kes yang disahkan Covid-19 di seluruh dunia menunjukkan tanda kebangkitan sementara Presiden AS Donald Trump juga diuji positif terhadap Covid-19. Di tengah gelombang kedua Covid-19, ekonomi global masih dihantui oleh penularan wabak pandemik sementara beberapa negara dipaksa untuk melaksanakan semula sekatan pergerakan untuk membatasi penyebaran Covid-19, yang berkemungkinan akan merosakkan permintaan minyak akhirnya. Lebih-lebih lagi, jumlah eksport minyak yang besar pada bulan lalu telah melanjutkan penurunan harga minyak mentah kerana penjualan besar dapat diperhatikan kerana pelanggan minyak mentah berharap dapat meningkatkan inventori minyak sebanyak mungkin sebelum AS menghentikan perdagangan dengan telah disanksikan pada awal tahun ini, iaitu Venezuela.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 5 – Oktober 9

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti FOMC Meeting Minutes dan Statement yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 5 – Oktober 9

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 5hb Oktober 2020
16:30 GBP Composite PMI (Sep) 55.5 55.7
16:30 GBP Services PMI (Sep) 55.0 55.1
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 56.3 56.9
Selasa –6hb Oktober 2020
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Oct) 0.25% 0.25%
11:30 AUD RBA Rate Statement
16:30 GBP Construction PMI (Sep) 54.3 54.6
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
22:00 USD JOLTs Job Openings (Aug) 6.000M 6.618M
Rabu – 7hb Oktober 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -0.831M
22:00 CAD Ivey PMI (Sep) 67.8
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories -1.980M
Khamis – 8hb Oktober 2020
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
19:30 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 USD Initial Jobless Claims 837K
Jumaat– 9hb Oktober 2020
07:50 JPY GDP (QoQ) -7.9%
14:00 GBP GDP (MoM) 6.6%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Aug) 3.0% 6.3%
20:30 CAD Employment Change (Sep) 275.0K 245.8K