12 Oktober 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 12 – 16
Reviu Pasaran (Forex): Oktober 5 – 10
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu di tengah-tengah harapan positif sekurang-kurangnya beberapa rangsangan fiskal yang baru akan dilaksanakan sebelum pilihan raya PresideN A.S. pada 3hb November 2020, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling dan Euro. Pada hari Jumaat, indeks dolar telah menutup harganya pada 93.23.
Menurut kepada Reuters, Presiden A.S Donald Trump memanggil Kongres bahawa mereka harus menghulurkan bantuan gaji baru yang bernilai $25 bilion kepada industri penerbangan A.S. susulan dengan perjalanan udara terus menyusut di tengah-tengah wabak koronavirus. Selain itu, pemerintahan Trump telah meminta Kongres untuk meluluskan bantuan stimulus koronavirus dengan menggunakan sisa dana dari pinjaman perniagaan kecil yang telah diprogramkan, yang berjumlah sekitar sebanyak $130 bilion. Walau bagaimanapun, Alzazeera melaporkan bahawa Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin dan Ketua Negara Gedung Putih Mark Meados menegaskan bahawa mereka akan terus berbincang dengan pemimpin Demokratik Senat Chuck Schumer dan Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi untuk mencapai konsensus mengenai rangsangan ekonomi yang agresif. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau pada rangsangan ekonomi terbaru dari A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Di samping itu, Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjutnya susulan dengan penyataan yang dovish dari Federal Reserve semasa mesyuarat FOMC pada minggu yang lalu. Federal Reserve Williams telah menegaskan bahawa tinjauan ekonomi global adalah sangat tidak stabil sementara itu mengulangi bahawa beberapa bahagian sektor ekonomi masih dijejaskan susulan dengan wabak koronavirus. Sementara itu, Presiden Federal Reserve Chicago Charles Evans juga mendakwa bahawa Bank Pusat AS kemungkinan akan kekal melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam jangka panjang untuk mencapai sasaran inflasi A.S.
Bagi segi data ekonomi, kebanyakan data-data ekonomi daripada Amerika Syarikat telah memberi bacaan yang negatif, walaupun beberapa data memberikan data yang positif. Menurut kepada Department of Labor, A.S. JOLTs Job Opening dan A.S. Initia Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 6.493M dan 840K, yang masing-masing lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.685M dan 820K. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan yang positif sebanyak 57.8, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 56.3.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.60. Momentum bullish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan ketidakpastian mengenai risiko geopolitik global selepas kebuntuan mengenai rangsangan ekonomi dari Amerika Syarikat yang masih ada telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1815. Pasangan tersebut menerima momentum bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau Eropah. Menurut kepada Markit Economics, Eurozone Market Composite Purchasing Managers Indeks (PMI) dan Eurozone Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 50.4 dan 48.0, yang menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 50.4 dan 47.6. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai perjanjian perdagangan pasca-Brexit di antara UK dan Eropah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3028. Paun Sterling telah melonjak pada hari Khamis yang lalu susulan dengan prospek positif terhadap perjanjian perdagangan pasca-Brexit di antara Eropah dan UK, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi Uk dan Eropah pada masa yang akan datang sambil mencetuskan permintaan terhadap Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Majlis Eropah, Charles telah mencapai konsensus mengenai beberapa syarat dalam perjanjian Brexit pada hari Rabu, walaupun perbezaan yang ketara masih ada. Pada masa kini, sebanyak 27 pemimpin negara Eropah akan membincangkan kemajuan berkaitan dengan isu Brexit ketika mereka bertemu di Brussels pada 15hb dan 16hb Oktober. Sekiranya kedua-dua pihak memutuskan bahawa kemajuan terhadap perjanjian Brexit adalah baik, mereka akan mengizinkan perjanjian akhir perdagangan.
Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 5 – 10
GOLD
Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1928.95 se troy auns. Aset selamat emas telah menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan penyustan dalam Dolar AS pada minggu yang lalu. Pada masa kini, para pelabur menjangkakan bahawa kemungkinan adanya rancangan rangsangan ekonomi yang agresif dari Amerika Syarikat akan dilaksanakan pada masa depan selepas Parlimen A.S. menyambung semula perbincangan mereka untuk mencapai konsensus mengenai rang undang-undang rangsangan ekonomi yang agresif. Tambahan pula, sebilangan para pelabur membuat spekulasi bahawa rancangan stimulus yang agresif dari Bank Pusat akan meningkatkan kadar inflasi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya mengurangkan nilai mata wang sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari wang tunai ke arah komoditi emas. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi terdahulu yagn akan diundikan pada minggu ini untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Crude Oil
Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $41.25 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu susulan dengan penyataan yang optimisme terhadap permintaan minyak mentah daripada OPEC. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Jeneral Mohammad Berkindo menegaskan bahawa OPEC akan terus memanipulasi dalam pasaran minyak mentah sambil mengulangi bahawa yang terburuk bagi industri minyak mentah sudah terakhir. Tambahan pula, minyak mentah telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan kebimbangan terhadap gangguan bekalan untuk minyak mentah. Menurutlaporan terbaru, ribut Delta dijangka akan menjadi taufan kategori-3 di Pantai Teluk dan pengeluaran harian telah menjejaskan sebanyak 1.5 juta tong. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas data inventori telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration, Inventori Minyak mentah A.S telah memberi bacaan sebanyak 0.501M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.294M. Tambahan pula, peningkatan dalam kes-kes koronavirus yang mendadak dari rantau Eropah dan juga seluruh dunia telah mencetuskan kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar “lock-down” sambil memberi prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah pada masa depan.
Tinjauan Pasaran: Oktober 12 – 16
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga rangsangan ekonomi dari kerajaan A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 12 – 16
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 12hb Oktober 2020 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 13hb Oktober 2020 | |||||
14:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (Aug) | – | -0.6% | -1.0% |
14:00 | GBP | Claimant Count Change (Sep) | – | 80.0K | 73.7K |
17:00 | EUR | German ZEW Economic Sentiment (Oct) | – | 74.0 | 77.4 |
20:30 | USD | Core CPI (MoM) (Sep) | – | 0.2% | 0.4% |
Rabu – 14hb Oktober 2020 | |||||
20:30 | USD | PPI (MoM) (Sep) | – | 0.2% | 0.3% |
Khamis – 15hb Oktober 2020 | |||||
04:30 | CrudeOIL | API Weekly Crude Oil Stock | – | – | 0.951M |
08:30 | AUD | Employment Change (Sep) | – | -35.0K | 111.0K |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 830K | 840K |
20:30 | USD | Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) | – | 15.0 | 15.0 |
23:00 | USD | Crude Oil Inventories | – | 0.294M | 0.501M |
Jumaat– 16hb Oktober 2020 | |||||
06:45 | NZD | CPI (QoQ) (Q3) | – | -0.5% | -0.5% |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Sep) | – | -0.3% | -0.3% |
20:30 | USD | Core Retail Sales (MoM) (Sep) | – | 0.4% | 0.7% |
20:30 | USD | Retail Sales (MoM) (Sep) | – | 0.6% | 0.6% |