13 October 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal rendah susulan harapan rangsangan.
Semasa akhir sesi akhir, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal didagang pada paras terendah tiga minggu berikutan dengan para pelabur terus berpaut pada harapan rangsangan AS selepas pilihan raya 3 November. Dengan pilihan raya semakin dekat, kemenangan calon presiden Demokrat Joe Biden yang luas terhadap Presiden Donald Trump menyebabkan pelabur menjangkakan rangsangan fiskal AS yang besar. Pada masa yang sama, kemenangan Biden juga bermaksud lebih negatif terhadap dolar AS kerana janjinya untuk meningkatkan cukai korporat yang akan mengurangkan pulangan dari pelaburan dari A.S. Oleh disebabkan optimisme yang berterusan, indeks dolar diseret ke bawah. Pada masa penulisan, indeks dolar turun sebanyak 0.08% kepada 93.08.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.15% kepada $ 39.75 setong semasa penulisan berikutan dengan kenaikan dalam kes COVID-19 yang berterusan dan syarikat tenaga beroperasi semula. Berikutan dengan peningkatan kes COVID-19 yang kini melebihi 38 juta di seluruh dunia, prospek pemulihan dalam permintaan bertukar suram dan memberi tekanan kepada komoditi hitam. Pada masa yang sama, tekanan penjualan juga ditambahkan lagi oleh syarikat tenaga A.S. meneruskan pengeluaran mereka setelah ribut Delta. Sebaliknya, harga emas menjunam sebanyak 0.52% kepada $ 1912.99 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | -1.0% | -0.6% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | 73.7K | 80.0K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) | 77.4 | 74.0 | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.4% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 93.50. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangaka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 93.50, 94.10
Tahap sokongan: 92.70, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3000.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3165
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2945

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1790. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1950, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1790, 1.1645

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 105.75, 106.05
Tahap sokongan: 105.15, 104.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7205. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan 0.7205.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7205, 0.7140

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6655. MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 0.6610.
Tahap rintangan: 0.6655, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6610, 0.6570
.
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3025.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3025, 1.2950

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9120. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9120.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 39.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 39.30.
Tahap rintangan: 39.85, 40.40
Tahap sokongan: 39.30, 38.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1915.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras sokongan di 1899.40.
Tahap rintangan: 1915.75, 1939.60
Tahap sokongan: 1899.40, 1876.85