83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Oktober 2020                                Analisis Sesi Pagi

 

Mata wang Paun berayun di tengah peningkatan ketidakpastian Brexit.

Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX mengalami corak bercampur pada Jumaat lalu dan mengakhiri sesi dagangan pada tahap yang lebih rendah selepas Boris Johnson meminta UK bersedia untuk Brexit tanpa perjanjian. Sebelum ini, Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menetapkan tarikh akhir pada 15 Oktober untuk perbincangan Pasca-Brexit di mana Brexit tanpa perjanjian akan terjadi sekiranya kebuntuan antara UK dan EU tetap tidak dapat diselesaikan. Dalam berlatarbelakang yang tiada kesepakatan antara UK dan EU, Boris Johnson mengumumkan bahawa mereka akan bersiap sedia untuk prospek Brexit tanpa perjanjian pada 31 Disember kecuali ada perubahan pendirian yang keras daripada pihak EU. Berdasarkan keadaan semasa, ini menunjukkan bahawa Boris Johnson tidak sepenuhnya meninggalkan rundingan sambil beliau menegaskan bahawa kesepakatan mungkin dicapai jika EU bersedia menawarkan syarat yang lebih baik. Selain itu, Menteri Pejabat Kabinet UK Michael Gove telah menekankan bahawa mereka masih ‘terbuka’ untuk rundingan perdagangan dengan EU hanya jika EU berundur di bidang utama seperti perikanan dan isu perdagangan yang adil. Semasa sesi perdagangan awal Asia, pasangan GBP/USD meningkat 0.06% ke 1.2920.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.20% ke $41.20 setong setelah Setiausaha Jeneral OPEC + Barkindo menyatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan harga minyak jatuh dengan ketara sekali lagi. Setakat ini, kadar pemotongan pengeluaran minyak mentah OPEC+ masih selari dengan perjanjian yang ditetapkan sebelumnya, namun para pelabur akan terus mengawasi pemotongan pengeluaran OPEC untuk meneliti trend harga minyak. Selain itu, harga emas melonjak 0.05% ke $1901.20 setroy auns ketika kebangkitan wabak meningkatkan kegelisahan pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

20:45                  EUR                    ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.

 

Tahap rintangan: 94.10, 94.90

Tahap sokongan: 93.50, 92.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2945.

 

Tahap rintangan: 1.2945, 1.3000

Tahap sokongan: 1.2885, 1.2815

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. However, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1765, 1.1810

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1675

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 105.15. tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 105.75.

 

Tahap rintangan: 105.75, 106.05

Tahap sokongan: 105.15, 104.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7140.

 

Tahap rintangan: 0.7140, 0.7205

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7010

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6610, 0.6660

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6515

 

.

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3025

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9120. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225

Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 40.90. MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.40.

 

Tahap rintangan: 41.40, 42.15

Tahap sokongan: 40.90, 40.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1899.40. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 1915.75, 1939.60

Tahap sokongan: 1899.40, 1876.85