19 Oktober 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 19 – 23
Reviu Pasaran (Forex): Oktober 12 – 16
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah berjaya kembali hijau selepas 2 minggu berturut-turut dengan merah sementara mengakhiri sesi minggu lalu pada harga 93.65. Berdasarkan dengan harapan terhadap rangsangan AS yang semakin pudar, selera risiko pasaran telah berkurang pada minggu lalu yang membantu meningkatkan dalam permintaan dolar sebagai mata wang yang selamat.
Dari perspektif data, data tuntutan pengangguran dalam minggu lalu telah meningkat dengan bacaan sebanyak 898K, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya sebanyak 845K dari minggu sebelumnya. Data tersebut telah mengukuhkan pandangan terhadap pemulihan dalam pasaran tenaga kerja telah terhenti sekali lagi. Walau bagaimanapun, penjualan runcit di AS berjaya memberi kesan yang membantu mengimbangi data pekerjaan yang lemah. Pada bulan September, data Retail Sales telah meningkat sebanyak 1.9% sementara data Core Retail Sales juga meningkat sebanyak 1.5%, kedua-dua adalah lebih tinggi daripada jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 0.5% dan 0.7%. Namun, kekurangan perkembangan dalam rangsangan AS dan peningkatan kes COVID-19 telah menjadi pemacu utama di pasaran. Dengan pilihan raya AS semakin hampir, prospek untuk rangsangan bantuan pandemik AS kini kelihatan tidak mungkin kerana kedua-dua pihak terus mencapai kebuntuan dalam isu jumlah rangsangan. Pemimpin Republikan Senat, Mitch McConnel telah mengulaskan rangsangan skala kecil pada minggu lalu, tetapi telah ditolak dengan cepat oleh Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi. Menambah lagi pengesahan tersebut adalah komen yang negatif dari Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin yang menyatakan bahawa perjanjian rangsangan tidak mungkin akan dicapai sebelum 3 November.
Dengan gabungan dalam ketidakpastian terhadap rangsangan dan pilihan raya yang akan datang, para pelabur dijangka terus menuju ke pasaran yang selamat dan tetap memantau perkembangan selanjutnya pada masa yang sama untuk mengukur sentimen untuk minggu yang akan datang.
USD/JPY
Pasangan naik USD / JPY kekal didagang dalam keadaan stabil dan meningkat sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 105.31. Dari segi data, ia agak sunyi tetapi data Machinery Orders dalam Ogos dan data Industrial Production menjadi tumpuan utama. Data Core Machinery Orders dalam bulan Ogos haya meningkat sebanyak 0.2% berikutan dengan lonjakan sebanyak6.3 pada bulan Julai. Pada masa yang sama, data Industrial Production juga disemak semula dari 1.7% kepada 1.0%. Walaupun begitu, penurunan selera risiko di pasaran telah membantu dalam mengehadkan kerugian dan memberikan sokongan kepada Yen yang selamat.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD telah jatuh sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1711. Oleh kerana data ekonomi yang merah, kebimbangan Brexit dan COVID-19 membebani pasaran, Euro mengalami tekanan penjualan yang besar. Dari segi data, indikator German Economic Sentiment telah turun dari 77.4 ke 56.1 sementara zon Euro jatuh dari 73.9 ke 52. Data Industrial Production zon Euro juga memberi bacaan yang lemah hanya sebanyak 0.7%. Sebaliknya, kes-kes COVID-19 yang baru juga membebani dengan berat terhadap mata wang ini di mana negara Perancis dan negara-negara anggota lain terpaksa memperkenalkan semula kawalan pergerakan dan juga sekatan.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah menjunam sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 1.211. Statistik utama telah memberikan reaksi yang bercampuran tetapi ketakutan Brexit dan COVID-19 yang semakin teruk yang menyebabkan kejatuhan yang ketara dalam mata wang tersebut. Dari segi data, Data Clamant Count Change telah memberi bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan. Walaupun begitu, data Employment Change juga jatuh lebih dari jangkaan dengan penurunan sebanyak 153k yang juga menyebabkan peningkatan dalam kadar pengangguran dari 4.1% kepada 4.5%. Keadaan COVID-19 di UK tetap suram di mana U.K telah bersedia untuk langkah sekatan yang baru kerana kes baru. Pada masa yang sama, kekurangan perkembabgan dalam perjanjian Brexit telah memberikan tekanan lebih lanjut kepada mata wang paun sterling. Pada hari Jumaat, Boris Johnson mengumumkan bahawa sudah waktunya untuk bersedia menghadapi perjanjian tanpa perdagangan dalam Brexit kecuali EU mengubah pendiriannya.
Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 12 – 16
GOLD
Harga emas kekal stabil sepanjang minggu lalu, namun ia masih mengakhiri minggu tersebut dengan kerugian pada harga $ 1898.60 se troy ouns berikutan keadaan pergi dan balik dalam perjanjian bantuan koronavirus baru. Minggu lalu, Mnuchin menyatakan pada Selasa bahawa beliau menjangkakan tidak dapat mencapai kesepakatan mengenai ansuran baru Akta Bantuan, Bantuan, dan Keselamatan Ekonomi Koronavirus (CARES) dengan persaingan politik Pelosi sebelum pilihan raya AS 3 November. Selepas ucapan dari Mnuchin, kekeliruan mengenai perkara ini telah muncul dengan lebih banyak. Walau bagaimanapun, keadaan COVID-19 yang semakin teruk telah membantu dalam memberi sokongan kepada komoditi yang selamat ini kerana negara seperti U.K dan Perancis telah memperkenalkan semula sekatan baru sementara Itali sekali lagi menuju ke zon bahaya. Di Amerika Syarikat, kes baru telah meningkat di 39 dari 50 negeri A.S.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melambung tinggi sepanjang minggu lalu sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $40.96 setong berikutan dengan peningkatan dalam permintaan dari China dan penurunan stok.
Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari Rabu melaporkan kejatuhan inventori minyak sebanyak -3.818 juta tong untuk minggu hingga 15 Mei, lebih baik daripada jangkaan pasaran dengan penurunan sebanyak -2.835 juta tong. Namun, China yang membantu menaikkan harga komoditi ini. Menurut kepada data, import minyak mentah China telah meningkat sebanyak 2.1% pada bulan September kerana beberapa kargo yang tertunda akhirnya diluluskan oleh kastam setelah kesesakan dalam pelabuhan selama sebulan telah berkurangan. Kapasiti penyimpanan di darat juga diperluaskan. Isyarat baru dari komitmen OPEC untuk pemotongan pengeluaran juga menambah dalam peningkatan komoditi hitam. Berdasarkan dengan sumber dari OPEC, pematuhan terhadap pengurangan dalam pengeluaran minyak pada bulan September mencapai 105% dari OPEC sementara anggota bukan OPEC juga mencapai tahap kepatuhan sebanyak 97%.
Walaupun prospek komoditi ini tetap positif, prospek COVID-19 yang semakin teruk ditambah dengan harapan rangsangan AS yang semakin pudar yang boleh menyokong ekonomi juga membebani pasaran ini dan berpotensi untuk mengehadkan kenaikan komoditi. Para pelabur sekarang akan fokus kepada pemangkin yang lebih lanjut untuk menentukan arah komoditi tersebut.
Tinjauan Pasaran: Oktober 19 – 23
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan yang berterusan mengenai rangsangan A.S dan juga data-data ekonomi seperti tuntutan pengangguran mingguan untuk mendapat isyarat selanjutnya. Selain itu, situasi koronavirus yang berterusan juga akan menjadi perhatian para pelabur.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 19 – 23
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 19hb Oktober 2020 | |||||
10:00 | CNY | GDP (YoY) (Q3) | – | 5.2% | 3.2% |
10:00 | CNY | Industrial Production (YoY) (Sep) | – | 5.8% | 5.6% |
20:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
20:45 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
Selasa – 20hb Oktober 2020 | |||||
08:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
20:30 | USD | Building Permits (Sep) | – | 1.505M | 1.476M |
Rabu – 21hb Oktober 2020 | |||||
14:00 | GBP | CPI (YoY) (Sep) | – | 0.6% | 0.2% |
20:30 | CAD | Core CPI (MoM) (Sep) | – | – | 0.0% |
20:30 | CAD | Core Retail Sales (MoM) (Aug) | – | 0.7% | -0.4% |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | -2.835M | -3.818M |
Khamis – 22hb Oktober 2020 | |||||
14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) | – | – | 0.8% |
17:25 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 860K | 898K |
22:00 | USD | Existing Home Sales (Sep) | – | 6.25M | 6.00M |
Jumaat– 23hb Oktober 2020 | |||||
05:45 | NZD | CPI (QoQ) (Q3) | – | – | -0.5% |
14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Sep) | – | 0.5% | 0.8% |
15:00 | EUR | German Manufacturing PMI (Oct) | – | 55.5 | 56.4 |
16:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (Oct) | – | 93.8 | 93.4 |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI (Oct) | – | 54.3 | 54.1 |
16:30 | GBP | Services PMI (Oct) | – | 55.0 | 56.1 |