20 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun menjunam susulan dengan peningkatan risiko Brexit tanpa perjanjian.
Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX telah dijual dengan ketara oleh para pelabur susulan dengan kebuntuan rundingan perdagangan Brexit ketika Kesatuan Eropah menolak untuk membincangkan isu undang-undang. Selepas tarikh akhir Boris Johnson mengenai rundingan Brexit berlalu, Menteri Kabinet Michael Gove mengulangi bahawa rundingan perdagangan telah “berakhir” selepas 15 Oktober sambil menuduh bahawa blok EU tidak serius dalam rundingan perdagangan. Setakat ini, isu-isu utama perbincangan perdagangan Post-Brexit masih berputar di sekitar isu seperti perikanan dan perdagangan yang adil. Selain itu, Michael Gove juga menekankan bahawa tidak mempunyai sebarang asas yang menunjukkan bahawa EU dan UK dapat mencapai kesepakatan pada masa ini kerana EU masih mengekalkan pendirian yang keras pada saat ini di mana tiada toleransi yang ditunjukkan oleh pihak EU. Pengaturan ‘Australian’s style’ Brexit berkemungkinan tinggi akan berlaku di Britain jika tiada sebarang penembusan dalam rundingan antara UK dan EU, yang juga bermaksud bahawa perdagangan UK dengan EU kemudiannya akan mengikuti peraturan atau syarat Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2021. Semasa penulisan, pasangan ini GBP/USD turun 0.02% ke 1.2945.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.49% ke $40,85 setong disebabkan oleh data ekonomi yang mengecewakan dari China dan ketakutan pelabur terhadap kebangkitan semula kes Covid-19 di zon euro. Selain itu, laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa pengeluaran minyak di Libya telah meningkat ke tahap sekitar 500K tong sehari setelah ladang minyak terbesar di negara itu beroperasi semulua pada minggu lalu. Selain itu, harga emas turun 0.08% ke $1902,65 per troy auns di tengah kekukuhan mata wang dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits (Sep) | 1.476M | 1.520M | – |
| 04:30
(21hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -5.422M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 94.10, 94.90
Tahap sokongan: 93.50, 92.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah seleaps ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2955. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2885.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2885, 1.2815

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1765. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 1.1765.
Tahap rintangan: 1.1810, 1.1860
Tahap sokongan: 1.1765, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 105.15. tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 105.75.
Tahap rintangan: 105.75, 106.05
Tahap sokongan: 105.15, 104.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7010.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7140
Tahap sokongan: 0.7010, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 0.6570.
Tahap rintangan: 0.6610, 0.6660
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6515

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9090. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9120.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9090, 0.9050

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 40.90. Namun, MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 40.90, 41.40
Tahap sokongan: 40.40, 39.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1899.40. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 1915.75, 1939.60
Tahap sokongan: 1899.40, 1876.85