27 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS telah melonjak susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya semalam susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko selepas kes-kes koronavirus telah meningkat dengan mendadak di seluruh dunia manakala kes Covid-19 dari rantau Amerika Syarikat telah mencapai tahap tertinggi. Menurut kepada statistik Bloomberg, jangkitan Covid-19 dari A.S. telah meningkat lebih daripada 85,000 orang pada hari semalam. Sementara itu, beberapa negara Eropah juga telah melaksanakan dasar-dasar “lock-down” untuk mengurangkan penyebaran jangkitan Covid-19. Menurut kepada Reuters, Sepanyal telah mengumumkan keadaan darurat baru dan Itali telah memerintahkan restoran dan bar ditutup pada jam 6 petang. Sentimen tersebut telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Tambahan pula, kekurangan kemajuan mengenai rancangan rangsangan ekonomi A.S. juga telah memberikan momentum bullish yang lanjutnya ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data perumahan yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Census Bureau, A.S. New Home Sales memberi bacaan sebanyak 959K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 1,025K, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.32% ke 93.00.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.10% ke $38.65 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus di seluruh dunia telah memberi prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke $1902.20 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods ORders (MoM) (Sep) | 0.6% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – CB Consumer Confidence (Oct) | 101.8 | 102.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 93.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.00, 93.50
Tahap sokongan: 92.50, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2995. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3155
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2940

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1800. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1875, 1.1945
Tahap sokongan: 1.1800, 1.1750

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 104.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 105.10, 105.45
Tahap sokongan: 104.70, 104.35

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7130. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6685. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6645.
Tahap rintangan: 0.6685, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6645, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3205. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3205, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3080

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9030. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9150.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9270
Tahap sokongan: 0.9030, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 39.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 39.50, 41.45
Tahap sokongan: 38.05, 38.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1897.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1910.55.
Tahap rintangan: 1910.55, 1929.55
Tahap sokongan: 1897.70, 1884.10