18 November 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan dengan penyataan dovish dari Fed.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya semalam selepas Rizab Persekutuan dan Kongres A.S. berikrar untuk memperluas dasar monetari dan fiskal untuk memerangi kemelesetan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa yang lalu menegaskan bahawa Rizab Persekutuan komited untuk memaksakan alat monetari dan fiskal yang lebih lanjut untuk menyokong pemulihan selama yang diperlukan sehingga pasaran kerja menjadi baik dan stabil. Tambahan pula, Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya selepas data yang suram dari rantau A.S. telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Census Bureau, A.S. Retail Sales untuk bulan yang lalu telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 1.6% ke bacaan sebanyak 0.3%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Oleh kerana data Retail Sales dari A.S. mempunyai kesan yang besar terhadap GDP Amerika Syarikat, data yang negatif tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S. sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyustu sebanyak 0.22% ke 92.35.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.24% ke $41.45 se troy auns semasa penulisan selepas data inventori telah dibebaskan. Menurut kepada American Petroleum Institusi (API), A.S. API Weekly Crude Oil Stock telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak -5.147M ke bacaan sebanyak 4.174M, lebih banyak daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.950M manakala menunjukkan bahawa masalah lebihan bekalan masih berada dalam pasaran minyak mentah. Sebaliknya, pasaran emas telah meningkat sebanyak 0.07% ke $1881.80 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 15:00 | GBP – CPI (YoY) (Oct) | 0.5% | 0.6% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | -0.3% | -0.3% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Oct) | 1.545M | 1.560M | – |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.1% | – | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.278M | -0.913M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 92.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.45, 93.00
Tahap sokongan: 92.10, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3270. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3270, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3160

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1855. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1925
Tahap sokongan: 1.1855, 1.1810

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 104.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 104.30, 104.65
Tahap sokongan: 103.85, 103.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7220.
Tahap rintangan: 0.7320, 0.7430
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7100

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7110
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3090. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3170, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9100. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9140.
Tahap rintangan: 0.9140, 0.9175
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9055

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 41.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 41.70, 43.70
Tahap sokongan: 39.45, 37.05

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1877.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1894.85.
Tahap rintangan: 1894.85, 1908.10
Tahap sokongan: 1877.10, 1868.50