24 November 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar A.S melonjak susulan data PMI yang memberangsangkan.
Semasa awal sesi Asia, indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak berikutan dengan data yang positif. Menurut kepada Markit Economics, data Manufacturing PMI A.S telah meningkat dengan tidak dijangka ke 56.7, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 53.0 dan juga bacaan sebelumnya sebanyak 53.4. Pada masa yang sama, data Services PMI A.S juga bertambah baik dengan tidak dijangka kepada 57.7 daripada 56.9 dan juga lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 55.0. Kedua-dua bacaan tersebut berada pada tahap tertinggi masing-masing sejak September 2014 dan April 2015. Laporan tersebut mempunyai bukti dalam kenaikan inflasi yang boleh menyebabkan Fed meningkatkan kadar faedah dalam tempoh masa lebih cepat dari yang dijangkakan, justerunya ia mencetuskan reaksi yang ketara terhadap dolar A.S. Selain itu, menambah sentimen positif yang lebih lanjut adalah berita vaksin di mana AstraZeneca juga menyatakan bahawa vaksinnya boleh mencapai 90% keberkesanan tanpa kesan sampingan yang serius. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.14% menjadi 92.52.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus meningkat dan meningkat sebanyak 0.33% kepada $42.96 setong berikutan dengan harapan vaksin. Mengikuti perkembangan terbaru, syarikat ubat Britain-Sweden AstraZeneca menyatakan bahawa vaksin Covid-19nya mencapai 70% keberkesanan dalam melindungi dari virus dan dapat boleh mencapai setinggi 90% pada dos kedua. Vaksin AstraZeneca juga dapat disimpan di dalam peti sejuk biasa dan berkemungkinan jauh lebih murah daripada vaksin persaingan dari Pfizer. Berita-berita positif yang berterusan mengenai vaksin terus meningkatkan prospek permintaan untuk komoditi dan terus memihak kepada pembeli. Sebaliknya, harga emas menjunam sebanyak 0.11% kepada $ 1837.16 se troy auns pada masa penulisan berikutan dolar yang kukuh didorong oleh data A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22.00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 15.00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | -9.7% | 8.2% | – |
| 17.00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Nov) | 92.7 | 90.1 | – |
| 23.00 | USD – CB Consumer Confidence (Nov) | 100.9 | 98.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 92.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 93.00.
Tahap rintangan: 93.00, 93.80
Tahap sokongan: 92.10, 91.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya baru-baru ini sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3295. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3605
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3150

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1890. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1760.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1995
Tahap sokongan: 1.1760, 1.1615

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pad atahap rintangan sebelumnya 104.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 105.10.
Tahap rintangan: 105.10, 105.85
Tahap sokongan: 104.25, 103.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7340. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7200.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6910. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7055
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.3105. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat arah yang jelas, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3105, 1.3240
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2890

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9080. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9190.
Tahap rintangan: 0.9190, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9080, 0.8990

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah tela didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 41.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 43.95.
Tahap rintangan: 43.95, 46.20
Tahap sokongan: 41.60, 39.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1853.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1814.40.
Tahap rintangan: 1853.90, 1885.70
Tahap sokongan: 1814.40, 1790.25