25 November 2020 Analisis Sesi Petang
Paun berayun sementara rundingan Brexit akan disambung semula pada Jumaat.
Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX mengalami corak bercampur-campur ketika terus didagang di atas tahap 1.3350 sementara para pelabur masih berhati-hati menunggu perbincangan yang akan disambung pada hari Jumaat. Minggu lalu, UK dan EU tidak dapat membawa masalah Brexit ke atas meja perbincangan kerana salah satu anggota ahli perunding Barnier telah diuji positif dalam ujian sapuan Covid-19, memaksa perunding daripada kedua-dua belah pihak untuk menangguhkan perbincangan mereka hingga minggu ini. Baru-baru ini, terdapat banyak laporan yang menunjukkan bahawa kesepakatan dapat dicapaikan oleh EU dan UK, yang memiliki kemungkinan tinggi untuk mengakhiri ancaman Brexit tanpa perjanjian pada 31 Disember. Oleh itu, para pelabur menumpukan perhatian mereka pada perbincangan lebih lanjut antara UK dan EU untuk menentukan strategi pelaburan mereka kerana Brexit tanpa perjanjian pasti akan menurunkan nilai paun sementara Brexit yang mempunyai perjanjian akan memberi keuntungan kepada mata wang tunggal paun. Semalam, Gabenor Bank of England Andrew Bailey telah mengulangi bahawa Brexit tanpa perjanjian antara UK dan EU akan menimbulkan lebih banyak kerosakan terhadap ekonomi UK dalam jangka panjang daripada wabak itu. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat 0.02% ke 1.3359.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.38% ke $45.52 setong semasa penulisan di tengah-tengah berita yang menggalakkan dari perkembangan vaksin yang terus menyokong kenaikan harga minyak. Walau bagaimanapun, majoriti pelabur kini masih mengawasi pada mesyuarat OPEC+ yang akan datang kerana ia akan memberikan gambaran lebih lanjut mengenai prospek permintaan pasaran minyak. Selain itu, harga emas turun 0.28% ke $1802.75 setroy auns di tengah risiko pasaran sentimen meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP Autumn Budget
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 21.30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Oct) | 0.8% | 0.5% | – |
| 21.30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 33.1% | 33.2% | – |
| 21.30 | USD – Initial Jobless Claims | 742K | 730K | – |
| 23.00 | USD – New Home Sales (Oct) | 959K | 970K | – |
| 23.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 0.768M | 0.127M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 92.15. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.75.
Tahap rintangan: 92.15, 92.60
Tahap sokongan: 91.75, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3310. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3310, 1.3220

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1885. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1925.
Tahap rintangan: 1.1925, 1.1965
Tahap sokongan: 1.1855, 1.1810

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 104.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 104.30.
Tahap rintangan: 104.65, 104.95
Tahap sokongan: 104.30, 103.85

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7365. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7270

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6980, 0.7010
Tahap sokongan: 0.6955, 0.6935

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3010. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2960.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2875

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9140, 0.9175
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9055

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 44.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 46.25.
Tahap rintangan: 46.25, 47.85
Tahap sokongan: 43.35, 41.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1813.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1813.95, 1835.15
Tahap sokongan: 1782.00, 1761.80