83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Mei 2017                           Analisis Harian

 

Dolar berayun menjelang laporan NFP.

Euro telah mengukuhkan kedudukannya pada awal sesi dagangan hari Jumaat manakala para pelabur kini menunggu akan pembebasan laporan Nonfarm Payroll pada malam ini dan ia dijangka untuk menetapkan nada pasaran kewangan. Pasangan EUR/USD menyusut sebanyak 0.09% ke $1.0974. Mata wang tunggal tersebut telah menerima isi padu membeli yang lebih tinggi selepas kaji selidik semasa menunjukkan bahawa calon Emmanuel Macron telah memenangi perdebatan presiden terhadap saingannya Marine Le Pen. Keputusan tersebut telah meningkatkan lagi kemungkinan untuk Macron meraih kemenangannya di dalam pusingan kedua pilihan raya Perancis yang bakal diadakan pada hari Ahad nanti. Pada masa yang sama, dolar A.S. telah memangkas kerugian seawalnya selepas ia tergelincir daripada trend aliran menaik berikutan dengan prestasi data ekonomi A.S. yang bercampuran. Data yang telah dilepaskan pada malam semalam menunjukan bahawa Initial Jobless Claims telah menurun lebih daripada jangkaan ekonomis manakala Factory Orders telah memaparkan prestasi yang lemah pada bulan Mac. Indeks dolar telah disebut niaga pada 98.64 semasa penulisan laporan ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.15% ke $45.59 manakala ia masih mempunyai ruang peningkatan yang terhad oleh kerana para pelabur masih bimbang akan kelebihan stok global dan pemulihan pada sektor penggerudian di A.S. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.1% ke $1,228.31 namun masih berada di dalam jangkaan untuk mencatat kerugian mingguan yang terbesar oleh kerana risiko politik di Perancis yang makin surut dan prospek yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar di A.S seawal-awalnya bulan Jun nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     JPY                     Japan – Children’s Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

09:30                       AUD                     RBA Monetary Policy Statement

01:30                       USD                     Fed Chair Yellen Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Apr) 98K 185K
20:30 USD – Unemployment Rate (Apr) 4.5% 4.6%
20:30 CAD – Employment Change 19.4K 10.0K
22:00 CAD – Ivey PMI 61.1 62.3
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 697

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkannya untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.2895.

 

Tahap rintangan: 1.2910, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2895, 1.2880

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penutupan niaga di atas tahap psikologi 1.1000 akan mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 1.1000, 1.1050

Tahap sokongan: 1.0950, 1.0880

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh di 112.30. Oleh kerana garisan isyarat menurun dari MACD histogram masih meneruskan penyempitan dan menuju ke atas, pemecahan pada tahap rintangan 112.65 akan mencadangkan USDJPY untuk meneruskan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 112.65, 113.05

Tahap sokongan: 112.30, 111.95

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah memecah keluar dari paras bawah saluran menurun, mencadangkan pertukaran kepada arah aliran untuk menurun selanjutnya. Oleh kerana MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menurun yang ketara, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 45.30 akan mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 46.20, 47.00

Tahap sokongan: 45.30, 44.35

 

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah menutup niaganya di bawah garisan trend menurun, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Oleh kerana garisan isyarat menurun dari MACD histogram masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah, harga emas dicadangkan untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1208.95.

 

Tahap rintangan: 1229.35, 1254.60

Tahap sokongan: 1208.95, 1188.60