83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 December 2020                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS jatuh susulan dengan harapan pelan ransangan semakin pudar.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama merosot selepas McConnell membatalkan pelan ransangan yang dikemukakan oleh bipartisan yang sebanyak $908 bilion semalam. Baru-baru ini, sekumpulan ahli senat bipartisan telah memgemukakan cadangan pelan ransangan Covid-19 yang bernilai sekitar $ 908 bilion, dengan tujuan untuk menghentikan kebuntuan dalam pelan bantuan kecemasan untuk membendung kejatuhan wabak. Secara terperinci, rancangan itu terutama bertujuan untuk memberikan bentuk bantuan kewangan kepada usaha kecil dan kerajaan daerah, tetapi tidak termasuk pembayaran langsung kepada orang Amerika. Namun, rancangan itu telah ditolak oleh Pemimpin majoriti Senat, iaitu Mitch McConnell sambil beliau juga menekankan bahawa mereka sekarang hanya tinggal sedikit masa untuk melaksanakan pelan bantuan koronavirus kerana kerajanan akan ditutup pada 11 Disember. Selain itu, Mitch McConnell juga mendedahkan bahawa beliau sedang mencari cadangan pelan rangsangan yang lebih baik kerana kebuntuan Kongres telah melambatkan kadar pemulihan ekonomi AS. Setakat ini, pelabur memberi perhatian kepada berita mengenai rundingan rancangan rangsangan lebih lanjut untuk mengukur arah indeks dolar yang lebih jauh. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.74% ke 91.20.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.14% ke $44.35 setong susulan dengan peningkatan stok inventori minyak AS . Menurut kepada API, data stok inventori minyak mentah AS dibebaskan pada bacaan sebanyak 4.146 juta, lebih tinggi dari jangkaan ekonomi pada -2.272 juta, yang meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap pasaran minyak yang tidak seimbang. Selain itu, harga emas meningkat 0.10% ke 1814.20 setroy auns di tengah-tengah kebuntuan pelan rangsangan di AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                  USD                    Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change(Nov) 365K 410K
23:30 CrudeOIL – Crude OIL Inventories -0.754M -2.358M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Dollar index telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 91.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 91.00.

 

Tahap rintangan:91.20, 91.50

Tahap sokongan: 91.00, 90.75

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3230. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.3430, 1.3465

Tahap sokongan: 1.3390, 1.3350

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2065, 1.2130

Tahap sokongan: 1.1990, 1.1935

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 104.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.20.

 

Tahap rintangan: 104.40, 104.65

Tahap sokongan: 104.20, 103.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7330. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7405.

 

Tahap rintangan: 0.7405, 0.7480

Tahap sokongan: 0.7330, 0.7265

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7045. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7045, 0.7010

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2950. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish signal mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2920.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.2995

Tahap sokongan: 1.2920, 1.2885

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.8990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9035, 0.9080

Tahap sokongan: 0.8990, 0.8930

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 44.05. tahap tertinggi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komdoiti ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 44.65, 45.50

Tahap sokongan: 44.05, 43.35

 

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 1816.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1802.25

 

Tahap rintangan:1816.00, 1833.65

Tahap sokongan 1802.25, 1789.75