83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Disember 2020                           Analisis Sesi Petang

 

Mata wang paun tergelincir susulan risiko Brexit semakin meningkat.

Semasa lewat sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar A.S dan mata wang lain tetap mengalami penjualan berikutan dengan kebuntuan Brexit masih tidak dapat diselesaikan selepas pertemuan. Menurut kepada ketua eksekutif EU, EU dan UK masih kekal “jauh” dalam perdagangan Brexit. Disebabkan dengan kebuntuan ini, Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen telah bersetuju bahawa kedua-dua pihak mempunyai masa sehingga Ahad untuk mengambil “keputusan yang tegas” mengenai masa depan rundingan perdagangan. Gabenor Bank of England, Andrew Bailey telah memberi amaran bahawa Brexit tanpa perjanjian akan menyebabkan kemeselatan dalam jangka masa panjang ekonomi kepada Britain berbanding dengan pandemik COVID-19 dan kesan perubahan ini dapat dirasakan selama beberapa dekad. Oleh kerana risiko Brexit keras yang semakin meningkat, para pelabur telah menjauhkan diri dari paun sterling secara perlahan-lahan .Pada masa penulisan, GBP/USD merosot sebanyak 0.24% ke 1.3360.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan meningkat sebanyak 0.33% kepada $45.80 setong berikutan pelancaran vaksin dan kebimbangan mengenai serangan ladang minyak Iraq. Oleh kerana proses vaksinasi telah dimulakan di negara-negara tertentu, optimisme terhadap vaksin kekal memberikan sokongan kepada komoditi hitam ini. Di samping itu, harga minyak juga didorong oleh kegelisahan setelah dua telaga dalam sebuah ladang minyak kecil di utara Iraq telah dibakar oleh serangan yang disebut oleh pemerintah sebagai “serangan pengganas” dan berpotensi mempengaruhi pengeluaran minyak. Sebaliknya, harga emas telah merosot sebanyak 0.05% kepada $ 1839.53 se troy auns pada masa penulisan susulan kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

20:45                    EUR                                     ECB Monetary Policy Statement

21:30                    EUR                                     ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – GDP (MoM) 1.1%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) 0.2% 0.2%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec) 0.00%
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Nov) 0.2% 0.1%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 712K 725K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar index telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 91.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang semakin meningkat mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 91.10, 91.45

Tahap sokongan: 90.60, 90.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongn sebelumnya di 1.3385. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3290.

 

Tahap rintangan: 1.3385, 1.3470

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3195

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2105.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2135

Tahap sokongan: 1.2075, 1.2045

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 104.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.35, 104.70

Tahap sokongan: 104.00, 103.65

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7445. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia bejaya memecah tahap rintangan di 0.7445.

 

Tahap rintangan: 0.7445, 0.7480

Tahap sokongan: 0.7400, 0.7365

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7015. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.7015.

 

Tahap rintangan: 0.7090, 0.7175

Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2815. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1.2815.

 

Tahap rintangan: 1.2855, 1.2915

Tahap sokongan: 1.2815, 1.2770

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8895. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8870.

 

Tahap rintangan: 0.8895, 0.8945

Tahap sokongan: 0.8870, 0.8830

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 45.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 46.65.

 

Tahap rintangan: 46.65, 48.20

Tahap sokongan: 45.50, 44.65

 

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1830.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1844.50.

 

Tahap rintangan: 1844.50, 1859.95

Tahap sokongan: 1830.65, 1815.50