14 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun sterling meningkat susulan berita mengenai pelanjutan dalam perbincangan Brexit.
Semasa awal sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah melonjak semasa awal sesi Asia susulan dengan laporan mengenai pelanjutan dalam perbincangan perdagangan oleh kedua-dua EU dan UK. Mengikuti perkembangan terbaru, UK dan EU telah memberi amaran bahawa kedua-dua pihak kekal jauh dalam isu-isu utama. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen telah bersetuju untuk “berusaha dengan lebih mendalam” dan melanjutkan perbincangan perdagangan melepasi tarikh akhir yang ditetapkan sendiri pada hari Ahad lalu. Para perunding UK dijangka akan tinggal di Brussels sehingga sekurang-kurangnya hari Selasa. Berdasarkan dengan berita mengenai pelanjutan dalam perbincangan tersebut , pasaran kekal berharap kedua-dua pihak masih berpeluang untuk menyelesaikan perbezaan mereka dan mencapai perjanjian perdagangan sebelum akhir tahun ini, justerunya mendorong permintaan kepada paun sterling. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.81% kepada 1.3326.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.45% kepada $46.89 setong pada masa penulisan susulan dengan optimisme terhadap vaksin kekal menguasai sentimen. Setakat ini, pasaran terus bertaruh terhadap orang di seluruh dunia mungkin akan dapat bergerak dengan bebas dan meningkatkan penggunaan bahan bakar dan minyak susulan dengan berjuta-juta dos vaksin koronavirus sedang disiapkan untuk penghantaran selama beberapa minggu yang akan datang setelah diluluskan oleh pihak kesihatan yang berkaitan. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.12% kepada $1837.11 satu troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah peningkatan selera risiko di pasaran yang terus disokong oleh vaksin.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi berhampiran dengan tahap sokongan 90.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 91.40, 92.05
Tahap sokongan: 90.55, 89.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3300. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3505.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3150

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2165, 1.2355
Tahap sokongan: 1.2010, 1.1895

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 103.65.
Tahap rintangan: 104.50, 105.15
Tahap sokongan: 103.65, 103.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7555. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7450.
Tahap rintangan: 0.7555, 0.7655
Tahap sokongan: 0.7450, 0.7340

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7095. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7010.
Tahap rintangan: 0.7095, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7010, 0.6900

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2680.
Tahap rintangan: 1.2830, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2680, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.8850.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8850, 0.8775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 46.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 48.60, 50.85
Tahap sokongan: 46.40, 43.45

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1850.45.
Tahap rintangan: 1850.45, 1881.25
Tahap sokongan: 1815.15, 1769.75