83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Disember 2020                             Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 14 – 18

Reviu Pasaran (Forex): Disember 7 – 11

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu di tengah-tengah peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang disokong oleh perkembangan vaksin Covid-19 positif. Sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS. Selain itu, Dolar AS telan melanjutkan kerugiannya susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa Bank Pusat akan terus melonggarkan program “Quantitative Easing” semasa mesyuarat FOMC pada minggu ini, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif yang lanjut ke atas Dolar AS. Pada hari Jumaat, Indeks dolar telah menutup harganya pada 90.85.

 

Menurut kepada the Guardian, A.S. Food and Drug Administration telah memberikan kelulusan kecemasan kepada vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech pada minggu lalu. Persetujuan tersebut menandakan titik perubahan dalam pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan lebih daripada 1.5 juta nyawa di seluruh dunia. Pada masa kini, Amerika Syarikat akan menerima peruntukan awal sebanyak 2.9 juta dos dalam masa beberapa hari kebenaran. Tambahan pula, Pfizer kemudian akan menghantar peruntukan dos 2.9M pada kedua minggu. Walau bagaimanapun, saintis terus memberi amaran bahawa vaksin tidak akan segera mengembalikan ke keadaan normal dalam jangka pendek. Bekalan awal vaksin masih adalah terhad. Dari segi data ekonomi, data ekonomi  yang penting dari A.S. telah memberikan bacaan yang campur-campuran. Secara positif, A.S. JOLTs Jobs Opening dan A.S. Core CPI telah memberi bacaan sebanyak 6.652M dan 0.2%, keuda-dua data tersebut lebih baik daripada jangkaan sebanyak 6.300M dan 0.1% masing-masing. Walau bagaimanapun, A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 853K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 725K.

 

Semasa penulisan, momentum perdagangan keseluruhan untuk Dolar AS masih tetap lemah sementara para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai vaksin Covid-19, pemulihan pasaran kewangan di seluruh dunia dan juga pertemuan FOMC pada 15hb dan 16hb Disember 2020 untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 103.95. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Namun, USD/JPY telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan prospek positif terhadap vaksin Covid-19 telah mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset selamat Yen Jepun, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas pasangan USD/JPY.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2110. Euro telah mengalami penjualan yang ketara susulan dengan ketidaktentuan mengenai isu Brexit telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Eropah, yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas Euro. Menurut kepada Reuters, Menteri Negara Jerman Michael Roth telah menegaskan bahawa kedua-dua pihak UK dan Eropah masih tidak mencapai kemajuan yang besar dalam perbincangan Brexit, sementara itu Perdana Menteri UK Boris Johnson juga mengulangi bahawa kebuntuan masih tetap ada di kedua-dua pihak. Walaupun begitu, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Brexit untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3210. Paun Sterling telah menerima momenutm bearish yang ketara pada minggu yang lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap “hard-Brexit” terus mencetuskan prospek negatif ke atas Paun Sterling. Para pelabur khuatir bahawa UK akan melepaskan diri dari Kesatuan Eropah pada akhir bulan tanpa perjanjian perdagangan. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Boris Johnson pada hari Jumaat yang lalu juga menegaskan bahawa UK kemungkinan akan mengeluarkan dari EU tanpa apa-apa syarat perdagangan. Sentimen tersebut akan terus menjejaskan perkembangan ekonomi di UK pada masa depan sambil mengurangkan daya tarikan permintaan ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 7 – 11

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1835.00 se troy auns susulan dengan prospek positif mengenai vaksin Covid-19, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk menjual aset selamat seperti komoditi emas. Menurut kepada the Guardians, FDA telah meluluskan vaksin Pfizer dan BioNTech Covid-19 untuk penggunaan kecemasan di A.S. Buat masa ini, pihak berkuasa kesihatan persekutuan ingin memberi vaksin lebih daripada 20 juta orang pada tahun ini. Selain itu, pentadbiran Trump telah memberikan petunjuk lain untuk menyokong vaksin Moderna pada minggu lalu, sambil mengumumkan bahawa pemerintah A.S. telah membeli tambahan 100 juta dos vaksin Covid-19 dari Moderna. Buat masa ini, para pelabur akan tetap memantau perkembangan mengenai vaksin Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $46.55 se tong. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan berita yang positif mengenai vaksin Covid-19 telah meningkatkan sentimen optimisme ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas data inventori yang negatif telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut ekpada Amerikan Petroleum Institusi (API), Inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 1.14M tong, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.514M. Sementara itu, Energy Information Administration (EIA) juga melaporkan bahawa Inventori Minyak mentah A.S. telah meningkatkan dari bacaan terdahulu sebanyak -0.679M ke 15.1589M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.424M.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 14 – 18

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai mesyuarat FOMC dan juga perkembangan Brexit untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 14 – 18

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 14hb Disember 2020
N/A
Selasa – 15hb Disember 2020
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
10:00 CNY Industrial Production (YoY) 7.0% 6.9%
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Oct) 2.3% 1.3%
15:00 GBP Claimant Count Change (Nov) 50.0K -29.8K
Rabu – 16hb Disember 2020
15:00 GBP CPI (YoY) (Nov) 0.6% 0.7%
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Dec) 56.5 57.8
17:30 GBP Services PMI 47.6
17:30 GBP Manufacturing PMI 55.6
21:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Nov) 0.1% 0.2%
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Nov) 0.4%
23:30 USD Crude Oil Inventories -1.424M 15.189M
Khamis – 17hb Disember 2020
03:00 USD FOMC Economic Projections
03:00 USD FOMC Statement
03:00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
03:30 USD FOMC Press Conference
05:45 NZD GDP (QoQ) (Q3) 13.3% -12.2%
08:30 AUD Employment Change (Nov) 50.0K 178.8K
16:30 CHF SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
16:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17:00 CHF SNB Press Conference
18:00 EUR CPI (YoY) (Nov) -0.3% -0.3%
20:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Dec) 0.10% 0.10%
21:30 USD Building Permits (Nov) 1.550M 1.544M
21:30 USD Initial Jobless Claims 800K 853K
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) 19.0 26.3
Jumaat – 18hb Disember 2020
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Press Conference
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Nov) -4.2% 1.2%
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Dec) 90.5 90.7
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.3% 1.0%