23 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam susulan dengan Kongres AS telah meluluskan pelan rangsangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berjaya memulihkan sebahagian kerugian sebelumnya selepas Kongres AS mencapai kesepakatan untuk meluluskan pelan ransangan ekonomi untuk penduduk AS dan perniagaan tempatan yang teruk dilanda oleh wabak Covid-19. Selepas berminggu-minggu rundingan antara dua parti politik terbesar, pelan rangsangan bipartisan yang bernilai $ 900 bilion akhirnya dilancarkan oleh kerajaan AS dengan 359 – 53 dalam undian Kongres sementara Senat meluluskan rang undang-undang dengan margin 92 – 6. Dalam pakej bantuan ekonomi ini, ia merangkumi sejumlah tuntutan pengangguran yang besar untuk orang Amerika, pinjaman tambahan untuk perniagaan kecil tempatan, pembayaran langsung $600, dana untuk menyokong pengedaran vaksin Covid-19 dan lain-lain. Pelan rangsangan ini dijangka akan dapat menyelamatkan ekonomi AS dari kemelesetan pada waktu semasa kerana pelan ransangan sebelumnya akan berakhir pada akhir tahun ini. Pada masa ini, rang undang-undang tersebut akan dihantar kepada Presiden AS Donald Trump, yang dijangka akan menandatanganinya dalam beberapa hari yang akan datang. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.63% ke 90.60.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.04% ke $46.75 setong susulan dengan penambahan stok minyak mentah AS. Menurut API, Stok Minyak Mentah Mingguan AS meningkat 2.700M, tersasar ramalan ahli ekonomi iaitu pada -3.250M, menunjukkan bahawa masalah bekalan minyak yang melebihi masih menghantui pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas naik 0.07% ke $1862.05 setroy auns di tengah peningkatan kebimbangan pasaran terhadap virus baru di UK.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 885K | 885K | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM)(Oct) | 0.8% | 0.3% | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 999K | 995K | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.135M | -3.186M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 90.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 90.60.
Tahap rintangan: 90.60, 91.10
Tahap sokongan: 90.25, 90.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3385. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3385, 1.3470
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3195

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2175. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2175, 1.2210
Tahap sokongan: 1.2135, 1.2105

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 103.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 103.00.
Tahap rintangan: 103.65, 104.00
Tahap sokongan: 103.00, 102.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7515. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7580.
Tahap rintangan: 0.7580, 0.7635
Tahap sokongan: 0.7515, 0.7445

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7100.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2850. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.2950, 1.3025
Tahap sokongan: 1.2850, 1.2770

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8855.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8855, 0.8820

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan sebelumnya di 47.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 46.20.
Tahap rintangan: 47.10, 48.15
Tahap sokongan: 46.20, 45.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1859.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1870.15
Tahap rintangan: 1870.15, 1884.10
Tahap sokongan: 1859.95, 1844.50