24 Disember 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar ditekan susulan Donald Trump menghalang rangsangan AS.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh selepas laporan mengeai Donald Trump mengancam untuk tidak menandatangani bil COVID-19. Mengikuti perkembangan terbaru dalam rangsangan AS, Presiden Donald Trump baru-baru ini mengancam untuk tidak menandatangani pelan rangsangan koronavirus bernilai $ 892 bilion yang merangkumi bantuan yang sangat diperlukan oleh individu Amerika dan beliau ingin meminta Kongres untuk meningkatkan jumlah cek rangsangan kepada $2000 bagi individu $ 4,000 untuk pasangan dari $ 600. Oleh disebabkan kemungkinan halangan ini yang boleh mempengaruhi bantuan kepada warga AS dan pemulihan ekonomi A.S, keyakinan terhadap dolar A.S. telah jatuh dan menyebabkan para pelabur mengalihkan portfolio mereka dari dolar A.S ke pasaran lain yang lebih selamat seperti Yen, justerunya menurunkan harganya. Namun, pasaran akan terus memantau perkembangan selanjutnya untuk menentukan arah yang lebih lanjut untuk dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.27% kepada $ 90.04.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.48% kepada $ 48.26 setong semasa penulisan berikutan dengan harapan terhadap pemulihan permintaan. Walaupun pasaran minyak dijangka akan meraikan musim cuti, pemangkin baru-baru ini seperti inventori minyak mentah yang lebih rendah dan kesepakatan Brexit yang berpotensi telah membantu dalam mengangkat prospek pemulihan permintaan dan meningkatkan harga komoditi. Sebaliknya, harga emas juga meningkat sebanyak 0.21% kepada $ 1876.75 se troy auns pada masa penulisan di tengah peningkatan dalam sentimen penghindaran risiko di pasaran yang disebabkan drama rangsangan oleh Donald Trump.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 90.50, 90.90
Tahap sokongan: 90.00, 89.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3520. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3620.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3750
Tahap sokongan: 1.3365, 1.3280

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2165. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2260.
Tahap rintangan: 1.2260, 1.2330
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 103.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.30.
Tahap rintangan: 103.70, 104.05
Tahap sokongan: 103.30, 102.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7595. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7595, 0.7640
Tahap sokongan: 0.7510, 0.7450

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7105. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6930

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2825. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2920, 1.2995
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2765

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8835.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8835, 0.8755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 47.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 49.20.
Tahap rintangan: 49.20, 50.00
Tahap sokongan: 47.80, 46.25

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1879.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1879.95, 1896.30
Tahap sokongan: 1860.90, 1846.70