29 Disember 2020 Analisis Sesi Petang
Paun menyusut susulan peningkatan dalam kebimbangan mengenai perdagangan.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan mata wang lain kekal lemah dan turun berikutan dengan kebimbangan para pelabur terhadap perdagangan UK akan perlahan setelah sebahagian besarnya daripada sektor perkhidmatan yang penting dikecualikan dari perjanjian Brexit. Menurut kepada laporan, Boris Johnson telah mengakui bahawa perjanjian perdagangan Brexit gagal memenuhi cita-citanya dalam perkhidmatan kewangan selepas Brussels memberi isyarat bahawa London mesti menunggu sehingga selepas 1 Januari untuk mengetahui akses pasaran yang akan dimilikinya di masa depan. Hubungan perdagangan baru akan berkuat kuasa pada 1 Januari dengan anggapan perjanjian itu diluluskan oleh parlimen UK minggu depan dan proses kelulusan EU berjalan lancar. Oleh disebabkan kekurangan perincian dalam sektor perkhidmatan, ekonomi di UK dijangka akan dijejaskan, justerunya ia menekan sentimen pasaran. Pada masa yang sama, peningkatan kes koronavirus baru juga terus membebani pasangan ini. Pada masa penulisan, GBP/USD merosot sebanyak 0.03% kepada 1.3481.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.11% kepada $ 47.77 setong semasa penulisan berikutan dengan laporan mengenai peningkatan dalam pengeluaran dari Rusia. Mengikuti perkembangan terbaru, timbalan perdana menteri Rusia mengatakan negara Rusia bersedia untuk menyokong peningkatan pengeluaran OPEC + secara bertahap di pertemuan kumpulan pada bulan Januari kerana harga minyak mentah berada dalam harga optimum. Perikatan tersebut sudah merancang untuk mengembalikan pengeluaran 500,000 tong sehari ke pasaran mulai bulan depan. Selain itu, kes koronavirus yang melambung juga menekan komoditi ini. Sebaliknya, harga emas didagang dengan stabil dan meningkat sebanyak 0.02% kepada $ 1875.41 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar dan penurunan selera risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Dec) | 96.1 | 97.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 89.95. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 90.55, 91.40
Tahap sokongan: 89.95, 89.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3490. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3625
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3150

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2355.
Tahap rintangan: 1.2355, 1.2515
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 103.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 102.90.
Tahap rintangan: 103.70, 104.50
Tahap sokongan: 102.90, 102.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7655.
Tahap rintangan: 0.7655, 0.7755
Tahap sokongan: 0.7555, 0.7450

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.70953. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7280
Tahap sokongan: 0.7095, 0.7010

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2830, 1.2680

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.8920. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.8840.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8840, 0.8775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 48.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 46.40.
Tahap rintangan: 48.60, 50.85
Tahap sokongan: 46.40, 43.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1895.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1852.80.
Tahap rintangan: 1895.30, 1925.60
Tahap sokongan: 1852.80, 1815.15.