83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Januari 2021                Analisis Sesi Petang

 

Kekurangan sentimen selera risiko telah mencetuskan permintaan ke atas aset selamat Yen.

Pasaran saham Asia telah menjunam pada hari Isnin susulan dengan laporan mengenai kemungkinan untuk mengetatkan dasar “lock-down” untuk negeri Tokyo, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut Reuters, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada hari Isnin menegaskan bahawa kerajaan Jepun akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan keadaan darurat susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara telah melemahkan sistem perubatan Jepun. Pada 31 Disember 2020, Jepun mencatatkan sebanyak 4,520 kes Covid-19 baharu dalam gelombang jangkitan baru. Sebagai langkah sementara, restoran dan hiburan di wilayah Tokyo terpaksa ditutup pada pukul 8pm, sementara perniagaan yang menyajikan alkohol perlu ditutup pada pukul 7pm. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai keberkesanan program vaksinasi Covid-19 serta sekatan pemerintah terbaru bagi memerangi jangkitan Covid-19 untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.20% ke 103.00.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.39% ke $ 49.05 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah para pelabur tetap optimis terhadap program vaksinasi Covid-19 akan menyelesaikan masalah wabak Covid-19. Dari segi vaksin Covid-19, India pada hari Sabtu telah memulakan salah satu program vaksinasi koronavirus terbesar di dunia setelah pengawal selia ubat tersebut menyetujui tembakan vaksin Covid-19 dari Universiti AstraZeneca-Oxford. Sebaliknya, harga emas meningkat 1.46% ke $1921.50 per troy auns semasa penulisan susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan dunia.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Dec) 58.6 58.6
17:30 GBP – Manufacturing PMI 57.3 57.3

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 91.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 88.55.

 

Tahap rintangan: 91.70, 94.35

Tahap sokongan: 88.55, 84.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3675. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3670, 1.3780

Tahap sokongan: 1.3580, 1.3495

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2205. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2305.

 

Tahap rintangan: 1.2305, 1.2450

Tahap sokongan: 1.2205, 1.2130

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 103.70, 104.55

Tahap sokongan: 103.05, 102.00

 

AUDUSD, Weekly: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7570. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7860.

 

Tahap rintangan: 0.7860, 0.8135

Tahap sokongan: 0.7570, 0.7130

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7340.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7550

Tahap sokongan: 0.7110, 0.6905

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.2980, 1.3295

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2415

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8830. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.8895, 0.8945

Tahap sokongan: 0.8830, 0.8790

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 49.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 49.25, 50.00

Tahap sokongan: 47.90, 46.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1912.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1930.55.

 

Tahap rintangan: 1930.55, 1950.55

Tahap sokongan: 1912.45, 1891.30