11 Januari 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 11 – 15
Reviu Pasaran (Forex): Januari 4 – 8
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melantun dari paras terendah hampir dua tahun pada minggu selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan pada minggu yang lalu dan juga penyataan hawkish dari Bank Pusat AS telah meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 90.20.
Tambahan pula, Dolar AS melanjutkan keuntungannya susulan dengan peningkatan yang ketara dalam hasil AS telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset lain ke arah Amerika Syarikat. Pada masa kini, para pelabur membuat spekulasi bahawa Presiden terpilih Joe Biden, yang akan memegang jawatan pada 20 Januari dengan Demokrat dapat mengendalikan kedua-dua dewan Kongres, telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi di Amerika Syarikat, yang selanjutnya mendorong AS Hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat lebih daripada 20 mata asas ke bacaan sebanyak 1.1185% dalam tahun 2021. Selain itu, ahli member Federal Reserve, termasuk Presiden Fed Chicago, Charles Evans dan Raphael Bostic dari Atlanta, menegaskan pada minggu yang lalu bahawa mereka akan menyokong untuk mengurangkan kadar pembelian bon pada akhir tahun sekiranya perkembangan ekonomi di AS menjadi lebih baik. Proses pembelian bon yang lebih rendah akan mengurangkan bekalan dalam mata wang dolar, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Dari segi data ekonomi, kebanyakan data ekonomi penting untuk minggu lalu telah memberi bacaan yang sangat positif, walaupun beberapa hasilnya lebih buruk daripada jangkaan ekonomi. Secara positif, A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Manages Index (PMI) telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 55.9 ke bacaan sebanyak 57.2, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 54.6. Selain itu, A.S. Initial Jobless Claims dan Kadar Pengangguran A.S. kedua-duanya memberi bacaan sebanyak 57.2 dan 6.7%, yang kedua-dua data tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 54.6 dan 6.8%. Namun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data Non-farm Payrolls telah memberi bacaan yang negatif pada minggu lalu. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja, A.S. Nonfarm Payrolls telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 336K ke -140K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 71K.
Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai pengembangan vaksin Covid-19 serta data ekonomi yang lebih penting untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 103.93. Momentum bullish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh peningkatandalam Dolar AS. Selain itu, perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19 juga telah mengurangkan daya tarikan ke aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut kepada CNBC, vaksin Koronavirus yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech nampaknya berkesan terhadap mutasi utama dalam varian jangkitan Covid-19 yang dijumpai di UK dan Afrika Selatan.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2280. Euro telah menerima momentum bearish yang ketara susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan data ekonomi yang penting dari rantau Eropah dalam jangka pendek, para pelabur akan terus memantau lebih banyak isyarat sebelum memasuki pasaran untuk Euro.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3505. Paun Sterling telah menyusut dengan ketara selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson menegaskan bahawa beliau akan melaksanakan dasar-dasar “lock-down” yang lebih keras di England pada hari Isnin susulan dengan varian Covid-19 yang lebih mudah untuk menjangkiti orang telah mendorong peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital di negara tersebut. Menurut CNN, Perdana Menteri UK Boris Johnson melaksanakan kembali tindakan yang serupa dengan penutupan pertama lalu, termasuk penutupan sekolah rendah dan menengah. Sebenarnya, rakyat UK hanya akan dibenarkan meninggalkan rumah mereka dengan alasan terhad seperti membeli barang keperluan, bersenam dan bantuan perubatan. Dari segi jangkitan Covid-19, UK telah mencatatkan jangkitan Covid-19 harian baru dengan bacaan yang lebih dari 50,000 kes dalam hampir seminggu, dan kemasukan ke hospital melebihi puncak April. Sementara itu, terdapat 30% lebih banyak pesakit Covid-19 di hospital di England pada hari Isnin daripada seminggu sebelumnya.
Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 14 – 18
GOLD
Harga emas telah mencatat kerugiannya dengan ketara sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1829.85 se troy auns susulan dengan peningkatan yang ketara dalam hasil AS telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset emas ke arah hasil AS. Pada masa kini, para pelabur membuat spekulasi bahawa Presiden terpilih Joe Biden, yang akan memegang jawatan pada 20hb Januari dengan Demokrat dapat mengendalikan kedua-dua dewan Kongres, telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi di Amerika Syarikat, yang selanjutnya mendorong AS Hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat lebih daripada 20 mata asas ke bacaan sebanyak 1.1185% dalam tahun 2021. Selain itu, ahli member Federal Reserve, termasuk Presiden Fed Chicago, Charles Evans dan Raphael Bostic dari Atlanta, menegaskan pada minggu yang lalu bahawa mereka akan menyokong untuk mengurangkan kadar pembelian bon pada akhir tahun sekiranya perkembangan ekonomi di AS menjadi lebih baik. Proses pembelian bon yang lebih rendah akan mengurangkan bekalan dalam mata wang dolar, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi emas.
Crude Oil
Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $52.71 se tong. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan berita yang positif mengenai vaksin Covid-19 telah meningkatkan sentimen optimisme ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak -6.065M ke bacaan sebanyak -8.010M, lebih kurang daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.133M. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas beberapa negara seperti UK dan A.S. telah melaksanakan dasar-dasar “lock-down” untuk mengurangkan penyebaran Covid-19, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah dalam jangka pendek. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Tinjauan Pasaran: Januari 11 – 15
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti data GDP dari rantau UK dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 11 – 15
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 11hb Januari 2021 | |||||
08:30 | AUD | Retail Sales (MoM) (Nov) | – | 7.0% | – |
Selasa – 12hb Januari 2021 | |||||
20:00 | USD | EIA Short-Term Energy Outlook | – | – | – |
23:00 | USD | JOLTs Job Openings (Nov) | – | – | 6.652M |
Rabu – 13hb Januari 2021 | |||||
21:30 | USD | Core CPI (MoM) (Dec) | – | 0.1% | 0.2% |
23:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | -2.133M | -8.010M |
Khamis – 14hb Januari 2021 | |||||
15:00 | EUR | German GDP (QoQ) | – | – | 8.5% |
20:30 | EUR | ECB Monetary Policy Statement | – | – | – |
21:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 780K | 787K |
Jumaat – 15hb Januari 2021 | |||||
01:30 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
15:00 | GBP | GDP (MoM) | – | – | 0.4% |
15:00 | GBP | Manufacturing Production (MoM) (Nov) | – | 1.0% | 1.7% |
21:30 | USD | Core Retail Sales (MoM) (Dec) | – | -0.1% | -0.9% |
21:30 | USD | PPI (MoM) (Dec) | – | 0.3% | 0.1% |
21:30 | USD | Retail Sales (MoM) (Dec) | – | -0.2% | -1.1% |