21 Januari 2021 Analisis Sesi Petang
Loonie melambung susulan keputusan kadar BoC.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Kanada yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang yang lain telah melonjak susulan dengan keputusan kadar baru-baru ini dan nada yang hawkish dari bank pusat Kanada. BoC telah mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah pada 0.25% seperti yang dijangkakan dan menyatakan bahawa inflasi ditetapkan untuk kembali ke 2% menjelang 2023. Dari segi skim pembelian bon, BoC menyatakan bahawa ia akan menyesuaikan program mengikuti pemulihan ekonomi. Disebabkan dengan isyarat penurunan yang lebih lanjut, Loonie mengalami lonjakan dalam permintaan. Pada masa yang sama, bank pusat juga optimis terhadap prospek ekonominya dan menyatakan bahawa prospeknya sekarang adalah lebih kuat dan selamat disebabkan vaksin yang lebih awal daripada yang dijangkakan dan rangsangan dasar yang berterusan. Pada masa penulisan, USD/CAD jatuh sebanyak 0.11% kepada 1.2613.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan pengundurannya dan turun sebanyak 0,02% kepada $53,05 setong semasa penulisan setelah IEA mengubah jangkaan terhadap prospek permintaannya. IEA menjangkakan permintaan minyak mentah akan meningkat sebanyak 5.5 juta tong sehari untuk tahun 2021, 0.3 juta lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya. IEA telah menurunkan ramalan mereka berikutan pengetatan perintah kawalan pergerakan di zon Eropah serta beberapa daerah di China yang boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dan permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas menokok sebanyak 0.02% kepada $ 1872.30 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
11:00 JPY BoJ Press Conference
23:00 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:00 | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jan) | 0.00% | 0.00% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Dec) | 1.635M | 1.604M | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 965K | 868K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) | 9.1 | 12.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.80.
Tahap rintangan: 90.45, 90.90
Tahap sokongan: 89.80, 89.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3685. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3795
Tahap sokongan: 1.3625, 1.3545

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2075. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2145, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2075, 1.1985

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 103.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.10.
Tahap rintangan: 103.65, 104.15
Tahap sokongan: 103.10, 102.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7785. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7785, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2720
Tahap sokongan: 1.2545, 1.2470

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8920. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8855.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8855, 0.8800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 53.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 52.05.
Tahap rintangan: 53.75, 55.85
Tahap sokongan: 52.05, 50.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1861.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1884.40.
Tahap rintangan: 1884.40, 1912.30
Tahap sokongan: 1861.25, 1838.65