26 Januari 2021 Analisis Sesi Pagi
Euro menjunam susulan dengan EU berhasrat mengenakan sekatan sempadan yang lebih ketat.
Mata wang tunggal Kesatuan Eropah merosot selepas pihak eksekutif Kesatuan Eropah mencadangkan semalam bahawa EU harus melaksanakan lebih banyak sekatan sempadan untuk memerangi penyebaran varian virus baru di antara negara-negara blok ini. Dengan latar belakang virus yang bermutasi, pengujian dan langkah-langkah quarantine harus dilaksanakan di negara EU kerana virus baru ini telah dibuktikan bahawa ia lebih mudah menular berbanding dengan jenis virus sebelumnya, dikatakan oleh Suruhanjaya Eropah. Akhir minggu lalu, sebahagian blok EU seperti Perancis telah melaksanakan kawalan sempadan baru sebagai usaha untuk menjauhkan negara mereka dari varian virus baru, sambil menghindari kemungkinan penutupan negara yang lebih lanjut di masa depan. Dari segi data, data Business Climate IFO Jerman telah melaporkan bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan ahli ekonomi, menyebabkan tekanan jual yang lebih lanjut di pasaran euro. Menurut kepada Institut Ifo, data Business Climate IFO Jerman telah dibebaskan pada 90.1, yang tidak mencapai ramalan iaitu pada 91.8, menunjukkan bahawa perniagaan tempatan sedikit berubah pesimis terhadap pertumbuhan ekonomi di masa depan. Semasa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD meningkat 0.05% ke 1.2140.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung naik sebanyak 0.02% ke $52,80 setong semasa penulisan berikutan Iraq berjanji akan mengurangkan pengeluaran minyak mereka pada minggu-minggu yang akan datang untuk mengimbangkan bekalan lebihan pada tahun lalu. Semasa membandingkan pengeluaran minyak dalam beberapa bulan terakhir, Iran akan menurunkan pengeluaran harian mereka ke 3.6 juta tong pada bulan Januari dan Februari, lebih rendah daripada 3.85 juta tong minyak pada bulan sebelumnya. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1855.50 setroy auns di tengah-tengah kebimbangan pasaran mengenai varian virus yang baru terus meningkatkan daya tarikan aset selamat ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day AUD Australia Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Average Earning Index + Bonus (Nov) | 2.7% | 2.9% | – |
| 15:00 | GBP – Claimant Count Change (Dec) | 64.3K | 35.0K | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jan) | 88.6 | 89.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 90.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 90.60.
Tahap rintangan: 90.60, 91.10
Tahap sokongan: 90.25, 89.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 1.3700.
Tahap rintangan: 1.3700, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.2155, 1.2205
Tahap sokongan: 1.2120, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan aliran menurun. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 103.70.
Tahap rintangan: 104.00, 104.35
Tahap sokongan: 103.70, 103.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7735.
Tahap rintangan: 0.7735, 0.7770
Tahap sokongan: 0.7670, 0.7635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7165.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tertinggi saluran menurun. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2615

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.8885. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8885, 0.8915
Tahap sokongan: 0.8855, 0.8820

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 52.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 53.75.
Tahap rintangan: 53.75, 54.50
Tahap sokongan: 52.60, 51.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1861.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1842.90.
Tahap rintangan: 1861.05, 1871.90
Tahap sokongan: 1842.90, 1825.40