1 Februari 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar memulih susulan dengan ketidakstabilan di pasaran equiti.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak di tengah pergerakan besar dalam harga saham Gamestop (GME) baru-baru ini telah menaikkan daya tarikan aset selamat dolar. Pada minggu lalu, ‘perang’ harga saham GME telah berlaku antara pelabur runcit dan firma dana lindung nilai, di mana pelabur runcit memutuskan untuk menghukum firma dana lindung nilai di WallStreet dengan membeli saham GME secara besar-besaran. Oleh kerana harga saham GME didorong oleh volume pembelian yang meletup, institusi dana lindung nilai Wallstreet seperti Melvin Capital telah mengalami kerugian besar dalam posisi short sell, dan terpaksa untuk menutup posisi dan mengubah posisi portfolio mereka. Dengan berlakunya ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti, sebahagian pelabur memilih untuk melarikan diri dari pasaran saham sambil memegang lebih banyak wang tunai pada masa ini dan akhirnya meningkatkan nilai indeks dolar. Lebih-lebih lagi, nilai dolar AS meningkat dengan lebih lanjut selepas Johnson dan Johnson (J&J) melaporkan bahawa vaksin dos tunggal mereka hanya 66% berkesan dalam melindungi manusia dari jangkitan koronavirus. Hasil percubaan yang kecewa dalam memerangi Covid-19 telah meningkatkan kebimbangan pasaran mengenai kadar pemulihan global di masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.09% to 90.55.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.63% ke $51.80 setong di tengah peningkatan kebimbangan pasaran mengenai keberkesanan vaksin terhadap Covid-19. Dalam pengumuman yang dinantikan baru-baru ini, Johnson & Johnson (J&J) telah melaporkan data vaksin Tahap 3 yang lebih lemah daripada yang dijangkakan ketika dibandingkan dengan pengeluar vaksin sebelumnya seperti Moderna dan Pfizer. Keputusan yang kecewa dalam keberkesanan vaksin J&J telah menurunkan optimisme pasaran terhadap permintaan minyak di masa hadapan. Selain itu, harga emas naik 0.35% ke $1855.05 setroy auns kerana kekecewaan keputusan vaksin telah meningkatkan permintaan pelabur terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manucturing PMI (Jan) | 58.3 | 57.0 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jan) | 52.9 | 52.9 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jan) | 60.5 | 60.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 90.60, 91.10
Tahap sokongan: 90.25, 89.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3695. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3750, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3695, 1.3620

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2100.
Tahap rintangan: 1.2155, 1.2205
Tahap sokongan: 1.2100, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepa ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 104.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 105.15.
Tahap rintangan: 105.15, 105.50
Tahap sokongan: 104.70, 104.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.7635. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7565.
Tahap rintangan: 0.7635, 0.7670
Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7090.
Tahap rintangan: 0.7165, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7090, 0.7015

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2790. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2865.
Tahap rintangan: 1.2865, 1.2930
Tahap sokongan: 1.2790, 1.2695

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.8915.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8955
Tahap sokongan: 0.8885, 0.8855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 51.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 52.60, 53.75
Tahap sokongan: 51.65, 50.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1861.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1842.90.
Tahap rintangan: 1861.75, 1871.90
Tahap sokongan: 1842.90, 1825.40