02 February 2021 Analisis Sesi Petang
Euro kekal ditekan susulan dengan masalah vaksin.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang euro yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh berikutan dengan krisis yang semakin meningkat akibat kekurangan bekalan vaksin di EU. Mengikuti perkembangan terbaru, Perancis dan Jerman mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca kerana kekurangan dalam penghantaran vaksin koronavirus walaupun dengan pemeriksaan kilang di Belgium mengesahkan tuntutan syarikat tersebut mengenai masalah pengeluaran. Dengan kekurangan vaksin dan pelancaran vaksinasi yang perlahan, Eropah masih belum mempunyai rancangan kontingen untuk menyelesaikan masalah proses vaksinasi dan mengakibatkan kejatuhan optimisme yang berterusan terhadap pemulihan ekonomi di EU. Selain itu, IMF telah mengurangkan jangkaan pertumbuhannya untuk EU EU sebanyak 1% kepada 4.2% tahun ini dan tidak menjangka ekonomi kawasan euro akan kembali ke tahap pertumbuhan akhir tahun 2019 sebelum akhir tahun 2022. Ini telah menambahkan tekanan lebih lanjut untuk pasangan ini dan menyeret nilainya ke bawah. Pada masa penulisan, EUR / USD merosot 0.03% hingga 1,2079.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung sebanyak 1.12% kepada $54.10 setong berikutan dengan kenaikan harapan terhadap pemulihan dalam permintaan. Saudi Aramco telah menjangka bahawa permintaan akan kembali ke tahap pra-COVID-19 pada akhir tahun ini, sambil menambah bahawa ia yakin bahawa impak yang paling teruk akibat dari pandemik tersebut kini sudah berakhir. Pada masa yang sama, pemotongan output dari Arab Saudi juga terus menyokong harga. Seterusnya, harga emas turun sebanyak 0.25% kepada $1855.93 se troy auns di tengah-tengah kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.45.
Tahap rintangan: 90.90, 91.35
Tahap sokongan: 90.45, 90.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi seleaps ia melantun dari tahap sokongan 1.3665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3740.
Tahap rintangan: 1.3740, 1.3795
Tahap sokongan: 1.3665, 1.3610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2165, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2065, 1.1985

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 105.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 105.00, 105.35
Tahap sokongan: 104.50, 103.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.7670. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7670, 0.7735
Tahap sokongan: 0.7615, 0.7565

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2865. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2780.
Tahap rintangan: 1.2865, 1.2925
Tahap sokongan: 1.2770, 1.2690

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8980, 0.9040
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8845

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 53.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 55.60.
Tahap rintangan: 55.60, 57.10
Tahap sokongan: 53.70, 52.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1875.95. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1847.30.
Tahap rintangan: 1875.95, 1892.60
Tahap sokongan: 1847.30, 1824.50