83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Februari 2021                 Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat susulan dengan serangkaian data ekonomi yang positif dibebaskan.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama meningkat sambil berayun berdekatan tahap tertinggi di tempoh 1 bulan kerana sentimen optimis kekal selepas beberapa data ekonomi positif telah dibebaskan. Dari segi pasaran buruh AS, ADP telah melaporkan kenaikan aktiviti pengambilan pekerja yang signifikan pada bulan lalu sebanyak 174K,  dan ramalan ahli ekonomi adalah pada 49K, menunjukkan bahawa ekonomi telah bermula memulih dari kejatuhan Covid-19. Walaupun begitu, laporan ADP hanyalah petunjuk untuk meramalkan laporan NFP yang akan datang, oleh itu pelabur masih akan memberikan tumpuan terhadap laporan NFP untuk meneliti keseluruhan pasaran pekerjaan di AS. Selain itu, keadaan ekonomi bagi sektor bukan pembuatan AS telah mulai pulih selepas jatuh ke tahap kemelesetan yang teruk, dan pemulihan berkemungkinan tinggi adalah disebabkan oleh permulaan program pemberian vaksin pada bulan lalu. Menurut kepada ISM, Non-Manufacturing PMI AS dibebaskan pada 58.7, lebih kuat daripada ramalan ekonomi pada 56.8, menunjukkan bahawa tanda pemulihan yang baik pada awal tahun 2021. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks Dolar meningkat 0.05% ke 91.10 .

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.05% ke $55.90 setong di tengah-tengah penarikan minyak mentah yang mengejutkan di AS. Menurut EIA, Stok Minyak Mentah AS turun 0.994M, tersasar ramalan ahli ekonomi pada 0.446M, meningkatkan optimisme pasaran terhadap keseimbangan di pasaran minyak mentah. Selain itu, harga emas turun 0.02% ke $1834.25 setroy auns di tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Construction PMI (Jan) 54.6 52.9
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Feb) 0.10% 0.10%
21:30 USD – Initial Jobless Claim 847K 830K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 91.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.60.

 

Tahap rintangan: 91.10, 91.60

Tahap sokongan: 90.60, 90.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3695.

 

Tahap rintangan: 1.3695, 1.3750

Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berdekatan tahap sokongan di 1.2020. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntunganya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2065.

 

Tahap rintangan: 1.2065, 1.2100

Tahap sokongan: 1.2020, 1.1985

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 105.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.70.

 

Tahap rintangan: 105.15, 105.50

Tahap sokongan: 104.70, 104.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7635. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7635.

 

Tahap rintangan: 0.7635, 0.7670

Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7240.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata di bawah tahap rintangan 1.2790. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2790, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berdekatan tahap rintangan di 0.8985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8955.

 

Tahap rintangan: 0.8985, 0.9020

Tahap sokongan: 0.8955, 0.8915

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 55.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 56.65, 57.80

Tahap sokongan: 55.40, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1842.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1842.90, 1861.75

Tahap sokongan: 1825.40, 1803.40