83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Februari 2021                 Analisis Sesi Pagi

 

Paun melonjak di tengah pernyataan BoE yang hawkish.

Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX melonjak dengan ketara selepas Bank of England (BoE) membiarkannya dasar kewangan tidak berubah sambil menangguhkan kemungkinan untuk mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat. Dalam mesyuarat BoE, anggota ahli dengan sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar tunai pada 0.10%, sementara bersetuju untuk menetapkan tarikh akhir bagi bank untuk menyediakan diri mereka terhadap penggunaan kadar faedah yang negatif kerana ia masih kekal sebagai sebahagian alat mereka. Walaupun kemungkinan kadar negatif telah meningkat, tetapi ia akan dilaksanakan hanya dalam keadaan yang serius. Di samping itu, BoE juga memberikan ramalan mereka di mana menjangkakan ekonomi UK akan pulih dengan cepat kerana program vaksinasi yang sedang berlangsung akan menyebabkan pelonggaran penguncian nasional dan juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat. Walau bagaimanapun, GDP UK masih dijangka menyusut pada suku pertama tahun 2021 kerana kadar pemulihan terganggu akibat kebuntuan nasional terkini. Akhir sekali, BoE juga mengekalkan rancangan pembelian asetnya pada 895 bilion pound ($ 1.2 trilion). Secara keseluruhan, isyarat hawkish dari BoE telah memicu tekanan beli yang besar di pasaran paun, namun para pelabur masih akan melihat kemungkinan untuk menerapkan kadar negatif dari semasa ke semasa. Pada masa penulisan, pasangan GBP/USD melonjak 0.02% ke 1.3675.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.04% ke $56.48 setong di tengah pelan pemotongan pengeluaran minyak yang berterusan menimbang pada pasaran minyak walaupun pelabur masih bimbang terhadap virus yang bermutasi. Selain itu, harga emas menjunam 0.05% ke $1793.75 setroy auns susulan dengan penyataan hawkish dari Bank of England mengurangkan permintaan pelabur terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

21:30                 GBP                   BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jan) -140K 50K
21:30 USD – Unemployment Rate (Jan) 6.7% 6.7%
21:30 CAD – Employment Change (Jan) -62.6K -47.5K
23:00 CAD – Ivey PMI (Jan) 46.7

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 91.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 91.60.

 

Tahap rintangan: 91.60, 92.10

Tahap sokongan: 91.10, 90.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3695.

 

Tahap rintangan: 1.3695, 1.3750

Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1935.

 

Tahap rintangan: 1.1985, 1.2015

Tahap sokongan: 1.1935, 1.1880

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 105.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup di atas tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 105.50, 105.75

Tahap sokongan: 105.10, 104.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7635.

 

Tahap rintangan: 0.7635, 0.7670

Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7165, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7030

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2800.

 

Tahap rintangan: 1.2865, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2770

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memeca tahap rintangan sebelumnya di 0.9035. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9075.

 

Tahap rintangan: 0.9075, 0.9140

Tahap sokongan: 0.9035, 0.8985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 55.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 56.65.

 

Tahap rintangan: 56.65, 57.80

Tahap sokongan: 55.40, 53.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1803.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1765.15.

 

Tahap rintangan: 1803.00, 1825.40

Tahap sokongan: 1765.15, 1736.15