83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Februari 2021                  Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 8 – 12

Reviu Pasaran (Forex): Februari 1 – 5

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu susulan dengan data-data ekonomi yang positif dan juga harapan terhadap resolusi Covid-1i pandemik telah mencetuskan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 90.20.

 

Dari segi data ekonomi yang penting, kebanyakan data ekonomi untuk minggu lalu telah menunjukkan bacaan yang optimisme, walaupun beberapa data adalah lebih buruk daripada jangkaan pasaran. Institusi Supply Management telah melaporkan bahawa A.S. Non-ISM Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 57.7 ke bacaan sebanyak 58.7, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 56.8. Sementara itu, A.S. ADP Nonfarm Employment Change dan Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 174K dan 779K, yang lebih baik daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 49K dan 830K. Keadaan ekonomi AS telah bermula untuk menunjukkan beerapa tanda pemulihan, yang nampaknya disebabkan oleh pelaksanaan program vaksin Covid-19 pada bulan lalu. Pada masa kini, kes harian Covid-19 di A.S. telah menyusut ke bawah 100,000, yang mencetuskan prospek positif terhadap keberkesanan peluncuran vaksin Covid-19.

 

Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan harapan terhadap rangsangan ekonomi yang agresif dari kerajaan A.S. Menurut kepada Financial Times, Presiden AS Joe Biden mempertahankan rencananya untuk pakej rangsangan fiskal yang bernilai sebanyak $1.9tn selepas data pekerjaan Nonfarm menunjukkan pembacaan menurun. Kelemahan pasaran pekerjaan AS telah menjadi salah satu pemangkin utama bagi usaha Biden untuk membuat rancangan rangsangan ekonomi tersebut. Sementara itu, rancangan rangsangan ekonomi yang agresif akan meningkatkan penawaran wang dalam pasaran, yang mencetuskan momentum bearish ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi AS, pengembangan Covid-19 dan juga data-data ekonomi penting untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.75. Momentum bullish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Selain itu, prospek positif terhadap vaksin Covid-19 juga telah mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut kepada CNBC, vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech nampaknya berkesan terhadap mutasi utama dalam varian jangkitan  Covid-19 yang banyak dijumpai di UK dan Afrika Selatan. Selain itu, kes Covid-19 di seluruh dunia telah menunjukkan kurva miring ke bawah, yang mencetuskan harapan terhadap resolusi Covid-19 pandemik.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2280. Momentum bearish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Walau bagaimanapun, mata wang euro telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan penyataan hawkish daripada Bank Pusat Eropah telah meningkatkan daya tarikan ke atas euro. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat Eropah (ECB) telah menegaskan bahawa kadar pengangguran di rantau Eropah telah bermula menurun. Petunjuk pasaran buruh dalam jangka pendek juga menunjukkan tren yang positif sementara itu beberapa ahli ekonomis menjangkakan bahawa pengembangan mesin dan peralatan dan pelaburan korporat akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang kuat di rantau Eropah pada suku yang akan datang. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19 untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3715. Paun Sterling telah mencatat keuntungannya selepas Bank Pusat UK telah membiarkannya dasar kewangan tidak berubah sambil menangguhkan kemungkinan untuk mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat. Selain itu, Bank Pusat UK juga memberikan ramalan mereka di mana menjangkakan ekonomi UK akan ulih dengan cepat susulan dengan program vaksinasi yang sedang berlangsung akan menbebabkan pelonggaran penguncian nasional dan juga dapat menyelesaikan amsalah kesihatan masyarakat. Tambahan pula, Bank Pusat UK juga mengekalkan rancangan pembelian asetnya pada 895 bilion paun ($1.2 trilion). Secara keseluruhan, isyarat hawkish dari Bank Pusat UK telah mencetuskan permintaan yang ketara ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 1 – 5

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannyasementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1814.00 se troy auns susulan dengan prospek positif terhadap perkembangan Covid-19 pandemik. Menurut kepada CNBC, kes Covid-19 di seluruh dunia telah menunjukkan bacaan yang semakin menurun berikutan program vaksinasi Covid-19 telah mula dilancarkan. Terdapat 3.7 juta kes baru Covid-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 31hb Januari, yang menandakan penurunan sebanyak 13% dibandingkan dengan minggu sebelumnya, menurut kepada laporan WHO yang baru. Walau bagaimanapun, komoditi emas telah mengehadkan kerugiannya selepas data Nonfarm payroll yang negatif telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada Bureau of Labor Statistiks, A.S. Nonfarm Payrolls telah memberi bacaan sebanyak 49K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 50K. Tambahan pula, kemajuan positif dalam pelan rangsangan AS juga telah meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat emas. Pada Jumaat yang lalu, Senat A.S. telah meluluskan resolusi belanjawan dimana membenarkan Demokrat untuk meluluskan bantuan Covid-19 yang bernilai sebanyak $1.9 trilion tanpa sokongan daripada Parti Republik. Rangsangan ekonomi yang agresif akan meningkatkan penawaran wang dalam pasaran kewangan, yang mencetuskan risiko inflasi pada masa depan sambil memberikan momentum bullish ke atas komoditi emas.

 

Crude Oil

Harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $52.71 se tong susulan dengan perkembangan terhadap vaksin Covid-19 telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -4.261M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.367K, yang mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 8 – 12

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti FOMC Interest rate dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 8 – 12

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 8hb Februari 2021
N/A
Selasa – 9hb Februari 2021
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
23:00 USD JOLTs Job Openings (Dec) 6.400M 6.527M
Rabu – 10hb Februari 2021
21:30 USD Core CPI (MoM) (Jan) 0.2% 0.1%
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -0.994M
Khamis – 11hb Februari 2021
01:30 USD US Federal Budget
21:30 USD Initial Jobless Claims 750K 779K
Jumaat – 12hb Februari 2021
00:00 USD Fed Monetary Policy Report
15:00 GBP GBP (QoQ) (Q4) 0.5% 16.0%
15:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Dec) 0.7% 0.7%